• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

3 cara pantas untuk matikan komputer dengan hanya gunakan keyboard

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:55 am
  • 27/06/2022
  • Komen
3 cara pantas untuk matikan komputer dengan hanya gunakan keyboard
Share on FacebookShare on Twitter

Pada satu hari, anda dah lunaskan kerja di komputer dan ingin padamkan sistem. Benda paling normal adalah untuk capai tetikus dan layarkan kursor ke butang Start dan cari butang kuasa di atas paparan.

Tahukah anda ada beberapa altnernatif yang sama mudahnya daripada meleretkan tetikus untuk lakukan perkara yang sama? Ini adalah tiga cara untuk tutup komputer Windows anda tanpa menggunakan



1. Alt + F4

Arahan kombo ini adalah untuk mematikan sesuatu aplikasi yang sedang berjalan. Contohnya sekiranya anda sedang gunakan Microsoft Edge atau apa-apa sahaja perisian yang ada tetingkap, kokmbo ini boleh digunakan untuk menghentikan operasinya.

Tapi, apabila arahan ini diberikan sewaktu ada berada di Desktop, tetingkap Shut Down Windows akan dipaparkan. Daripada situ, bolehlah anda pilih Shut Down menggunakan kekunci arah.



Satu lagi tips tambahan adalah, apabila anda sedang berada di tetingkap selain Desktop, sudah tentu anda tak boleh masukkan arahan Alt + F4. Untuk pergi ke Desktop, tukan Win + D sebelum anda lancarkan tetingkap Shut Down Windows.

2. WIN + X

Arahan kombo ini adalah untuk melancarkan menu Quick Link. Ia akan muncul di bahagian penjuru kiri paparan. Di dalamnya terdapat pilihan termasuklah untuk Shut Down dan pelbagai arahan lain yang boleh diaktifkan hanya menggunakan keyboard.

Menu Quick Link sangat berguna sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang komputer tersebut. Anda dihidangkan dengan pilihan seperti Task Manager, System, Device Manager dan banyak lagi.

3. Butang kuasa

Pilihan ini adalah pedang bermata dua. Ia mudahkan anda untuk matikan sistem dan ia juga mudahkan sistem untuk mati secara tak sengaja. Mujurlah ia bukanlah fungsi yang tidak boleh anda ubah suai.

Di komputer, pergi ke Control Panel> System & Security > Power Options. Di sana, cari pilihan “Choose what the power buttons do” di bahagian kiri paparan. Di sana, anda boleh pilih arahan apa yang akan komputer jalankan bila butang kuasa ditekan. Anda boleh pilih sama ada Do Nothing, Hibernate, ataupun Shut Down”.

Saya kurang gemar cara ini kerana ada risiko untuk butang kuasa anda ditekan secara tak sengaja lantas menganggu aliran kerja anda. Tapi, mungkin ada orang yang akan dapatinya berguna, contohnya kalau menara Desktop mereka terletak di satu tempat tersorok.

Tags: tipstips & trickstutorial
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

3 cara pantas untuk matikan komputer dengan hanya gunakan keyboard

3 cara pantas untuk matikan komputer dengan hanya gunakan keyboard

27 June 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN