• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:44 pm
  • 27/06/2022
  • Komen
Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah
Share on FacebookShare on Twitter

Macbook Pro M2 sudahpun boleh didapati di Malaysia pada harga bermula RM5,699. Model kali ini dikatakan mengekalkan banyak benda-benda daripada model M1 tapi bahagian SoC telah ditukar kepada cip M2 yang dimaklumkan lebih berkuasa.

Tapi, ada pengguna di YouTube melaporkan yang SSD dalam model termurah Macbook Pro M2 nyata lebih perlahan daripada model M1. Berikut adalah angka yang dikongsikannya:



  • Macbook Pro M1: 2,900 MB/s (baca) & 2,215 (tulis)
  • Macbook Pro M2: 1,446 MB/s (baca) & 1,463 (tulis)

SSD dalam Macbook Pro M2 hampir sekali ganda lebih perlahan. Ia tentu akan memberi kesan pada fungsi Virtual Memory Swap yang diperkenalkan pada produk-produk yang dikuasakan SoC M2. Apabila dibuka panel belakang laptop, didapati yang modul SSD model M2 kekurangan sebanyak 1 berbanding M2 yang hadir dengan 2 modul walaupun kedua-duanya memiliki kapasiti storan 256GB yang sama.

Teori yang dikongsikan adalah, dua modul ini bertindak seperti konfigurasi RAID 0 untuk berikan prestasi baca dan tulis lebih pantas daripada modul tunggal. Namun, isu ini hanya menjangkiti model termurah. Model yang berstoran 512GB didapati menggunakan SSD berkepantasan sama dengan M1.



Bahagian yang Macbook Pro M2 nyata tewaskan Macbook Pro M1 adalah grafik. Tidak mengejutkan kerana bilangan teras GPU laptop ini lebih tinggi.

Di bahagian lain, kedua-dua generasi nampaknya memberikan prestasi yang sama. Perlu anda ingat bahawa produk baharu sudah tentu akan beroleh sokongan naik taraf lebih lama. Makanya, seiring dengan masa, prestasi Macbook Pro M2 tentu sekali akan perlahan-lahan mengatasi M1.

Sumber: 9to5Mac

Bacaan berkaitan

MacBook Pro 13″ M2: Maklumat penjualannya di Malaysia – SoyaCincau.com

Tags: appleMacBookmacbook pro 13 m2macbook pro m2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

27 June 2022
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN