• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan tanpa had Hotlink naik harga, ditambah hotspot tanpa had dan sekatan kelajuan dibuang 12 jam

  • OLEH Najib
  • 4:00 pm
  • 01/07/2022
  • Komen
Pelan tanpa had Hotlink naik harga, ditambah hotspot tanpa had dan sekatan kelajuan dibuang 12 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis telah mengemaskini pelan prabayar Hotlink Tanpa Had (Unlimited) dengan pas bulanan tanpa had yang baru. Pelan ini lebih mahal, naik RM5 tetapi ia ditambah dengan fungsi Hotspot Tanpa Had serta data berkelajuan tinggi tanpa sekatan selama 12 jam.

Laman web Hotlink kini memaparkan, pelan bulanan tanpa had yang baru kini bermula dari RM40/bulan, berbanding RM35/bulan sebelum ini. Seperti biasa, pelanggan akan menerima internet tanpa had dengan kelajuan disekat kepada 3Mbps, panggilan tanpa had dan akses percuma ke Viu Premium. Tambahan yang disenaraikan adalah kelajuan tanpa sekatan dari 2 pagi hingga 2 petang, serta hotspot tanpa had disertakan.



Manakala pelan tanpa had 6Mbps pula kini berharga RM 50/bulan, berbanding RM45/bulan sebelum ini. Ia juga menerima tambahan yang serupa iaitu kelajuan tanpa sekatan dari 2 pagi hingga 2 petang, dan hotspot tanpa had. Pelan baru ini pastinya berbaloi untuk pengguna yang sering membeli tambahan hotspot tanpa had berharga RM5.

Hotlink juga masih mengekalkan pelan 18Mbps, tetapi harganya tidak berubah. Masih sama RM60/bulan. Fungsi baru turut ditambah iaitu kelajuan tanpa sekatan dari 2 pagi hingga 2 petang, serta hotspot tanpa had tanpa bayaran tambahan.



Ada satu pelan baru disenaraikan untuk Hotlink Unlimited ini, iaitu pelan Sooka VIP+Sports Bundle. Ia sebenarnya adalah pelan 18Mbps dan ditambah akses ke Sooka VIP+Sports yang bernilai RM41.90. Bermakna, anda jimat RM16.90 jika membeli gabungan ini, berbanding membelinya berasingan.

FUP masih tidak berubah

Harus diingatkan bahawa pelan tanpa had Hotlink ni sebenarnya ada had. Ia masih tanpa had data, tetapi sekatan kelajuan berubah apabila mencapai kuota yang ditetapkan. Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) bagi Hotlink Unlimited adalah 50GB sebulan. Selepas mencapai penggunaan 50GB, kelajuan akan disekat kepada 512kbps. Menurut Hotlink, kelajuan ini masih selesa digunakan untuk strim video resolusi standard, aplikasi media sosial dan melayari internet.

Walaupun sudah ada pelan baru, soalan lazim FAQ Hotlink menyatakan pelan lama RM35 dan RM45 tanpa hotspot masih ditawarkan. Kami telah mengesahkan, ia masih ada di dalam aplikasi Hotlink. Malah, tambahan Unlimited Hotspot dinyatakan tawarannya hanya untuk masa terhad.

Jika berminat atau mahu tahu lebih lanjut, layari laman Prabayar Hotlink.

Terima kasih @Boeing747S8 atas tip!

Bacaan Berkaitan

  • Hotlink lancar pelan tanpa had internet dan panggilan dari RM35 sebulan
  • Pengguna Hotlink Unlimited rasa tertipu kerana pelan ini sebenarnya ada had kuota
  • Pelan Hotlink tanpa had kini ada hotspot tanpa had, hanya tambah RM5
  • Pelan Hotlink tanpa had kini ada kelajuan 18Mbps dengan FUP masih sama
Tags: hotlinkHotlink Unlimitedmaxissooka
Najib

Najib

POPULAR

Pelan tanpa had Hotlink naik harga, ditambah hotspot tanpa had dan sekatan kelajuan dibuang 12 jam

Pelan tanpa had Hotlink naik harga, ditambah hotspot tanpa had dan sekatan kelajuan dibuang 12 jam

1 July 2022
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN