• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft Surface Laptop Go 2: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:02 pm
  • 05/07/2022
  • Komen
Microsoft Surface Laptop Go 2: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas hampir sebulan diumumkan di pentas antarabangsa, Microsoft Malaysia kini mengumumkan ketibaan Surface Laptop Go 2 ke pasaran tempatan. Bersempena penjualannya di Malaysia, Microsoft bekerjasama dengan pengedar untuk menyediakan khidmat nasihat setempat supaya pengguna boleh mendapatkan peranti Surface terbaik untuk mereka.

Khidmat nasihat ini yang dikenali sebagai Microsoft Concierge, akan diadakan di Harvey Norman Pavilion BUkit Jali, serta Gloo Lowyat (SNS Network). Ia dibuka setiap minggu, dari hari Rabu hingga Ahad, pukul 11 pagi hingga 8 malam.



Harga jualan dan promosi Surface Laptop Go 2

Microsoft Malaysia akan menjual dua varian Surface Laptop Go 2 buat masa ini, dengan harga seperti berikut:

  • Intel Core i5, RAM 8GB, SSD 128GB – RM3,488
  • Intel Core i5, RAM 8GB, SSD 256GB – RM3,788

Khas untuk pembeli terawal, mereka akan turut menerima hadiah percuma bernilai lebih RM500 apabila mendapatkan Surface Laptop Go 2 sehingga 31 Julai 2022 daripada pengedar terpilih. Hadiah yang disediakan mengikut pengedar adalah:



  • All IT – Surface Mobile Mouse, Surface Laptop Sleeve, Microsoft 365 Personal, HP Deskjet AIO, F-Secure Internet
  • Gloo by SNS Network – Surface Mobile Mouse, Surface Laptop Sleeve, Microsoft 365 Personal, baucar Grab RM50
  • Harvey Norman – Surface Mobile Mouse, Surface Laptop Sleeve, Microsoft 365 Family, speaker JBL Clip 4
  • PC Image – Surface Mobile Mouse, Surface Laptop Sleeve, F-Secure Internet, Joyroom JR-T13 Pro Bilateral TWS
  • TMT by Thundermatch – Surface Mobile Mouse, Surface Laptop Sleeve, Microsoft 365 Personal, External Hardisk WD My passport 1TB

Spesifikasi Surface Laptop Go 2

Kuasa utama Surface Laptop Go 2 digerakkan oleh cip Intel Core i5-1135G7 generasi ke-11, bersama RAM LPDDR4x dan storan dinaik taraf ke SSD. Sebelum ini, Surface Laptop Go yang lama masih menggunakan storan eMMC yang perlahan.

Paparannya peka sentuhan, jenis PixelSense seluas 12.4-inci dengan resolusi 1536×1024 dalam nisbah 3:2. Ia juga sangat ringan, dengan badannya diperbuat daripada aluminium serta polikarbonat, menjadikan berat cuma 1,127 gram sahaja. Hayat bateri kini mampu pergi sehingga 13.5 jam dengan penggunaan biasa.

Papan kekuncinya memiliki kekunci bersaiz penuh dan ada pengimbas capjari di dalam butang kuasa. Kamera HD 720p terletak di dalam bingkai di atas skrin, digandingkan bersama dwi-mikrofon berkualiti studio dan pembesar suara Omnisonic, untuk persidangan video yang jelas dan terang.

Port sambungan juga lebih lengkap, kini ada post USB-A, USB-C dan jek audio 3.5mm, selain port Surface Connect untuk mengecas. Selain itu, ia menyokong WiFi 802.11ax dan Bluetooth v5.1 untuk sambungan tanpa wayar.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Surface Laptop Go 2.

Tags: MicrosoftMicrosoft Surfacemicrosoft surface laptop go 2Surface Laptop Go 2
Najib

Najib

POPULAR

Microsoft Surface Laptop Go 2: Maklumat penjualannya di Malaysia

Microsoft Surface Laptop Go 2: Maklumat penjualannya di Malaysia

5 July 2022
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN