• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan awal Sony Xperia 10 IV ada hadiah fon telinga, tiada pengecas & kabel

  • OLEH Najib
  • 1:24 pm
  • 05/07/2022
  • Komen
Tempahan awal Sony Xperia 10 IV ada hadiah fon telinga, tiada pengecas & kabel
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah melancarkan ketibaan Xperia generasi ke-4 pada bulan Mei lalu. Salah satu daripadanya adalah Xperia 10 IV dan ia kini telah dibuka tempahan di Malaysia. Sebelum ini, tempahan untuk model lebih hebat Xperia 1 IV telah bermula pada bulan Jun lepas.

Harga dan promosi Xperia 10 IV

Sony Malaysia membawa hanya satu varian untuk XPeria 10 IV iaitu RAM 6GB dan storan 128GB. Tetapi pilihan warna ada dua, antara hitam dan hijau mint. Harga rasminya telah ditetapkan pada RM2,099.



Jika berminat, tempahan awal boleh dibuat di eStore Sony Malaysia, serta di Lazada dan Shopee. Khas untuk tempahan awal sehingga 31 Julai, pembeli akan menerima fon telinga Sony WF-C500 bernilai RM449. Tetapi selagi stok masih ada.

Spesifikasi Sony Xperia 10 IV

Peranti Sony ini boleh dikategorikan di dalam kelas pertengahan, dengan ciri-ciri premium. Ia dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, naik taraf kecil berbanding Snapdragon 690 di Xperia 10 III. Menariknya, telefon ini masih menerima kad mikroSD sehingga 1TB.



Skrin padanya jenis OLED seluas 6-inci, tetapi dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 60Hz sahaja. Nisbah skrin lebih lebar iaitu 21:9 dan ada kaca Corning Gorilla Glass Victus di atasnya.

Di bahagian kamera, ia menggunakan kamera utama 12MP F1.9 Exmor R, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera telefoto 8MP F2.2 dengan zum optikal 2x. Kamera ini datang dengan teknologi OIS dan EIS, serta Optical SteadyShot untuk tangkapan yang sentiasa stabil. Kamera hadapan pula 8MP F2.0, dimuatkan di dalam lubang di dahi skrin.

Kapasiti bateri yang dimuatkan di dalam Xperia 10 IV sebesar 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas USB-PD. Pengimbas capjari ada di sisi dan ia juga masih ada jek audio, di samping speaker mono di bawah. Ciri premium yang terdapat padanya adalah kekalisan air dan debu IP68.

Satu perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah, ketiadaan kepala pengecas dan kabel di dalam kotak. Pembeli haruslah memiliki pengecas lain, atau membeli pengecas dan kabel baru berasingan.

Jika mahu membandingkan dengan model lain dengan ciri kalis air, boleh melihat pada Galaxy A53 (RM1,849) atau Galaxy A73 (RM2,099). Kedua-duanya ada RAM 8GB dan storan lebih besar 256GB. Tetapi telefon Samsung ini juga tidak memberikan kepala pengecas.

Bacaan Berkaitan

  • Sony Xperia 1 IV ditambah baik dengan lensa zum optikal pertama dunia untuk telefon pintar
  • Sony Xperia 1 IV kini boleh ditempah pada harga lebih RM6,000
  • Sony Xperia Pro-I: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: Sonysony xperia 10sony xperia 10 ivXperia 10Xperia 10 IV
Najib

Najib

POPULAR

Tempahan awal Sony Xperia 10 IV ada hadiah fon telinga, tiada pengecas & kabel

Tempahan awal Sony Xperia 10 IV ada hadiah fon telinga, tiada pengecas & kabel

5 July 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER