• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 12S Ultra x Leica: tiada lagi perkakas bajet, hanya yang terbaik digunakan

  • OLEH Najib
  • 11:12 am
  • 05/07/2022
  • Komen
Xiaomi 12S Ultra x Leica: tiada lagi perkakas bajet, hanya yang terbaik digunakan
Share on FacebookShare on Twitter

Menampilkan kamera terulung pernah dihasilkan, Xiaomi kini mengumumkan ketibaan telefon pintar yang mendapat kerjasama pakar kamera antarabangsa, Leica. Barisan siri Xiaomi 12S dilancarkan serentak, dengan model terbaik mereka adalah Xiaomi 12S Ultra.

Dalam majlis pelancaran ini, CEO dan pengasas bersama Xiaomi, Lei Jun meminta maaf kepada peminat kerana mereka tidak lagi dapat menyediakan harga yang jujur untuk model terbaru ini. Ia terpaksa dilakukan bagi memberikan perkakas dan prestasi terbaik untuk menjadikan siri Xiaomi 12S satu kenyataan.



Eksklusif di China

Bagaimanapun, pengumuman yang lebih mengecewakan daripada harga yang dinaikkan adalah siri Xiaomi 12S dijual secara eksklusif di China sahaja. Bermakna, telefon pertama Xiaomi x Leica ini tidak boleh dibeli secara rasmi di luar China, termasuk di Malaysia.

Mungkin ada yang akan mendapatkannya melalui pengimport pihak ketiga, tetapi ingat bahawa jaminan tidak dilindungi sepenuhnya dan ia tidak menjalankan perkhidmatan Google secara azali.



Harga jualan Xiaomi 12S Ultra

Kepada yang mungkin berminat mendapatkan Xiaomi 12S Ultra dari pihak ketiga, boleh merujuk dahulu harga rasminya di China. Sudah pasti, harganya akan lebih mahal selepas ditukar kepada matawang Ringgit, bergantung kepada kos pengimport.

Terdapat tiga varian Xiaomi 12S Ultra diumumkan dan harga rasminya di China adalah:

  • Xiaomi 12S Ultra (RAM 8GB + Storan 256GB) – CNY 5,999 (~RM3,954)
  • Xiaomi 12S Ultra (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY 5,999 (~RM4,283)
  • Xiaomi 12S Ultra (RAM 12GB + Storan 512GB) – CNY 5,999 (~RM4,613)

Terdapat dua warna disediakan untuk Xiaomi 12S Ultra iaitu hitam dan hijau.

Spesifikasi Xiaomi 12S Ultra

Xiaomi tidak mengelat kali ini apabila mengatakan Xiaomi 12S Ultra adalah peranti flagship premium terbaik keluaran mereka. Ini dapat dilihat apabila mereka bukan sahaja menyediakan perkakas terbaik di bahagian kamera, tetapi melengkapi pelbagai ciri premium yang biasanya kelihatan di peranti terbaik Samsung Galaxy dan Apple iPhone.

Seperti biasa, perkakas terbaik yang ada di dalam Xiaomi 12S Ultra adalah seperti cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8+ Gen 1, bersama RAM LPDDR5 6,400mbps sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 seluas 512GB.

Skrin terbaik juga digunakan iaitu skrin Samsung AMOLED LTPO E5, seluas 6.73-inci dan menyokong Dolby Vision TrueColor. Resolusinya Quad HD+ dengan kadar penyegaran adaptif 1-120Hz dan ia memiliki tahap kecerahan setinggi 1,500nits.

Tentang bateri, mungkin agak pelik kerana ia hanya menyokong pengecasan pantas 67W sahaja serta pengecasan wayarles 50W untuk mengisi bateri berkapasiti 4,860mAh. Tetapi Xiaomi menyatakan teknologi pengecasan canggih yang jauh lebih selamat digunakan kerana memiliki cip Xiaomi Surge G1 untuk pengurusan bateri dan xip Xiaomi Surge P1 untuk mengecas. Ini membolehkan arus setinggi 16A digunakan untuk mengecas, di samping memastikan kitaran dan hayat bateri tahan lebih lama untuk jangka masa panjang.

Selain sokongan pengecasan wayarles, ciri flagship yang turut ada di Xiaomi 12S Ultra adalah kekalisan air dan debu IP68. Membolehkan ia tenggelam di dalam air segar sedalam 1.5 meter sehingga 30 minit lamanya. Telefon ini juga memiliki pembesar suara stereo, ditala oleh Harman Kardon dan menyokong Dolby Atmos serta Hi-Res Audio.

Xiaomi mengenakan sistem operasi MIUI 13 berasaskan Android 12 untuk telefon ini. Tetapi tidak pula dinyatakan berapa lamakan sokongan kemaskini akan diberikan.

Kamera Leica di Xiaomi 12S Ultra

Tarikan utama di majlis pelancaran ini sudah pasti pada kameranya, yang dihasilkan dengan kerjasama Leica. Secara teknikal kamera utama di Xiaomi 12S Ultra menggunakan sensor Sony IMX989 50.3MP F1.9 sebesar 1-inci, dengan saiz piksel 1.6-mikron dan boleh dicantum secara pixel-binning menjadi 3.2-mikron. Ia dipadankan dengan lensa Aspheric 8P serta autofokus Octa-PD.

Kamera ultra lebar pula menggunakan sensor Sony IMX586 48MP F2.2 bersama lensa Leica Summicron. Sensor ini seluas 1/2-inci dan berupaya mencantumkan piksel untuk membentuk piksel sebesar 1.6-mikron.

Kamera ketiga adalah kamera telefoto periskop, juga dengan sensor Sony IMX586 48MP F4.1 dan berupaya mengezum optikal 5x. Sensor ini turut dilengkapi penstabil imej optikal HyperOIS yang menurut Xiaomi, jauh lebih stabil berbanding OIS biasa.

Bagi kamera hadapan, ia adalah sensor RGBW 32MP yang terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin. Tidak banyak dibincangkan tentang kamera ini, mungkin ia tidak mendapat sentuhan Leica.

Antara perkara yang dibawakan Leica ke dalam kamera Xiaomi 12S Ultra adalah dua profil imej Leica, iaitu Leica Authentic Look dan Leica Vibrant Look, menggunakan algoritma khas Leica. Xiaomi juga mengenakan bunyi pengatup kamera Leica semasa mengambil gambar dengan Xiaomi 12S Ultra, memberikan perasaan lebih semulajadi untuk peminat Leica.

Melihatkan pembentangan yang dibuat Xiaomi tentang Xiaomi 12S Ultra ini memang sangat menggiurkan. Malangnya, ia tidak akan dijual di luar China. Bermakna, mereka yang berminat mendapatkan hasil kerjasama terbaru Leica perlu menunggu model Xiaomi yang seterusnya. Atau membeli set import China yang mungkin harganya melebihi RM5,000.

Adakah anda akan membelanjakan RM5,000 untuk mendapatkan telefon Xiaomi 12S Ultra ini? Kongsikan pandangan anda kepada kami di ruangan komen.

Tags: leicaxiaomiXiaomi 12SXiaomi 12S Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi 12S Ultra x Leica: tiada lagi perkakas bajet, hanya yang terbaik digunakan

Xiaomi 12S Ultra x Leica: tiada lagi perkakas bajet, hanya yang terbaik digunakan

5 July 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER