• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Lazada

Dapatkan produk 100% diperakui Halal di Laz Halal

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:46 pm
  • 06/07/2022
  • Komen
Dapatkan produk 100% diperakui Halal di Laz Halal
Share on FacebookShare on Twitter

Anda kini boleh dapatkan beraneka produk yang 100% sah diperakui Halal di Laz Halal. Ia merupakan halaman Halal dalam talian terbaharu yang dilancarkan oleh Lazada Malaysia. Bukan sahaja produk keluaran tempatan, bahkan jenama antarabangsa yang telah disahkan mempunyai pensijilan Halal JAKIM juga boleh didapatkan di situ.

Dalam masa yang sama, ini juga merupakan inisiatif Lazada untuk sokong usahawan tempatan yang berhasrat untuk memasarkan produk yang diperakui Halal kepada para pelanggan. Laz Halal juga akan dikembangkan agar para peniaga boleh memenuhi permintaan pelanggan dalam kategori barangan harian, termasuklah keperluan dapur, produk penjagaan kesihatan, fesyen, kecantikan dan pelbagai barangan Halal yang lain.



Untuk akses halaman Laz Halal, anda boleh carinya dibahagian utama aplikasi Lazada. Selain itu, anda juga boleh nikmati tawaran eksklusif dan diskaun bersempena dengan Jualan Pertengahan Tahun Lazada 7.7 di halaman ini. Antaranya ialah penghantaran percuma, penjimatan tambahan sehingga 20% menerusi LazCoins dan potongan RM10 bagi setiap pembelian bernilai RM100 dengan Lazada Bonus.

Mengulas tentang Laz Halal, Datuk Hajjah Hakimah Mohd. Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, pendekatan Lazada mewujudkan Laz Halal ini merupakan satu langkah yang memberangsangkan. Ianya dapat memanfaatkan komuniti Muslim, di samping memperkukuhkan usaha strategik pihak JAKIM dalam pembangunan Halal secara bersepadu.



Jadi, dengan adanya Laz Halal ini lebih mudahlah orang ramai membeli produk Halal di dalam talian. Anda juga boleh guna baucar yang disediakan untuk dapatkan lebih penjimatan.

Tags: Lazada
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Dapatkan produk 100% diperakui Halal di Laz Halal

Dapatkan produk 100% diperakui Halal di Laz Halal

6 July 2022
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN