• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wiko T10 dan T50, langkah pertama Wiko kembali ke Malaysia selepas setahun menyepi

  • OLEH Najib
  • 12:14 pm
  • 18/07/2022
  • Komen
Wiko T10 dan T50, langkah pertama Wiko kembali ke Malaysia selepas setahun menyepi
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah dengar nama Wiko? Ia sebenarnya adalah satu jenama telefon pintar yang berasal dari Perancis, dan telah lama bertapak di Malaysia. Wiko menjual banyak telefon pintar mampu milik sebelum ini tetapi lebih setahun tiada model baru diperkenal. Kali terakhir mereka melancarkan telefon pintar adalah Power U10 dan Power U20 pada Mac tahun lepas.

Baru-baru ini, Wiko Malaysia mengumumkan kedatangan semula mereka apabila akan melancarkan dua model baru ke pasaran iaitu Wiko T10 dan Wiko T50. Walaupun hanya sedikit maklumat yang dikongsi, model ini baru sahaja dilancar di Filipina bulan lepas. Jadi kita boleh mendapatkan beberapa info dari sana.



Di Filipina, Wiko T10 dan Wiko T50 dijual pada harga:

  • Wiko T10 (RAM 2GB + Storan 64GB) – PHP 4,990 (~RM394)
  • Wiko T50 (RAM 6GB + Storan 128GB) – PHP 11,990 (~RM947)

Nampaknya Wiko T10 mungkin akan menjadi satu pilihan yang menarik dengan harga di bawah RM400. Tetapi Wiko T50 berhadapan saingan ketat di bawah RM1,000 kerana ia telah dikuasai oleh model seperti Redmi Note 11 dan Realme 9.



Kita boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kedua-dua model baru Wiko ini menerusi laman produk Wiko T10 dan Wiko T50 di Filipina.

Spesifikasi Wiko T10

Bagi telefon pintar di bawah RM400, biasanya kita melihat ia akan menggunakan sistem operasi Go Edition. Begitu juga di Wiko T10, ia menjalankan sistem operasi Android 11 Go Edition. Ini kerana ia memiliki prestasi kelas permulaan seperti cip Mediatek Helio A22, RAM 2GB dan storan 64GB. Kad mikroSD diterima di dalam slot hibrid, untuk meluas storan.

Skrinnya jenis LCD berukuran 6.5-inci, dengan resolusi HD 720p. Bateri pula sebesar 5,000mAh dan menariknya, ia mengecas melalui port USB-C tetapi dengan kuasa sehingga 10W sahaja. Jek audio 3.5mm juga masih ada.

Kamera hanya ada dua di Wiko T10. Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 13MP. Manakala di hadapan, ia menggunakan kamera utama 5MP yang terletak di dalam takuk kecil di dahi skrin.

Spesifikasi Wiko T50

Telefon yang lebih berkuasa ini menggunakan cip Mediatek Helio G85, RAM 6GB dan storan 128GB. Tiada pula slot kad mikroSD padanya.

Skrinnya masih jenis LCD, berukuran 6.6-inci HD Penuh dan kadar penyegaran 60Hz. Pengimbas capjari ada di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Bateri pula agak kecil, hanya 4,000mAh tetapi menyokong pengecasan pantas 40W menerusi USB-C. Boleh mengecas dari 50% dalam masa 20 minit.

Wiko T50 dilengkapi tiga kamera belakang iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya 16MP, dimuatkan di dalam lubang kecil di sudut atas skrin.

Dengan spesifikasi ini, agak sukar untuk Wiko T50 menyaingi Redmi Note 11 dan Realme 9 bagi harga di bawah RM1,000. Melainkan Wiko Malaysia ada kejutan lain, barulah boleh ia menarik minat pembeli di Malaysia.

Bacaan Berkaitan

  • Telefon baru Wiko ini ada tenaga bateri sehingga 4 hari
  • Wiko Y62 dipertingkat kehebatan, harga kekal di bawah RM300
  • Nak Beli Ke Tak Beli: Wiko Power U20, bateri tahan 5 hari
Tags: WikoWiko T10Wiko T50
Najib

Najib

POPULAR

Wiko T10 dan T50, langkah pertama Wiko kembali ke Malaysia selepas setahun menyepi

Wiko T10 dan T50, langkah pertama Wiko kembali ke Malaysia selepas setahun menyepi

18 July 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER