• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Keselamatan

Akaun Telegram PM Ismail Sabri digodam, anda ada terima mesej daripada beliau?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:19 pm
  • 08/08/2022
  • Komen
Akaun Telegram PM Ismail Sabri digodam, anda ada terima mesej daripada beliau?
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, telah mengutuskan cicipan di akaun Twitter milikknya untuk memaklumkan kepada umum yang akaun Telegram milik peribadinya telah digodam. Dia meminta orang ramai supaya mengabaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan.

Perhatian: Akaun Telegram peribadi saya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan.

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) August 8, 2022

Digodam mungkin adalah perkataan bombastik yang digunakan untuk menutup kelemahan pengendali sesuatu akaun media sosial. Biasanya akaun orang kenamaan seperti ini dikendalikan oleh sekumpulan pegawai perhubungan awam.



Oleh sebab itu, kami sangat sarankan kepada semua pengguna media sosial untuk aktifkan seberapa banyak lapisan keselamatan yang mungkin. Contohnya, pengesahan dua tahap di Telegram sudahpun ditawarkan platform permesejan itu sejak tahun 2015 lagi.

Selain daripada pengesahan dua tahap, adalah bagus untuk anda memeriksa rekod log masuk akaun anda daripada masa ke masa. Apabila melihat rekod log masuk, anda perlu pastikan setiap sesi aktif adalah datangnya daripada peranti milik anda. Sekiranya ada entri daripada peranti yang tidak anda kenali, itulah masanya untuk anda menekan butang “Terminate All Other Sessions” dan seterusnya menukar kata laluan.



Bacaan berkaitan

Telegram Premium dilancarkan, apa bezanya dengan versi percuma?

Tags: Ismail Sabrikeselamatanmalaysiaperdana menteritelegram
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Akaun Telegram PM Ismail Sabri digodam, anda ada terima mesej daripada beliau?

Akaun Telegram PM Ismail Sabri digodam, anda ada terima mesej daripada beliau?

8 August 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN