• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Watch 5 Pro diumum, bateri 63% lebih besar berbanding dulu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:26 pm
  • 10/08/2022
  • Komen
Galaxy Watch 5 Pro diumum, bateri 63% lebih besar berbanding dulu
Share on FacebookShare on Twitter

[ PROMOSI Samsung Galaxy Z Flip / Z Fold 4 ] Gunakan kod SYGZF4VIP apabila membuat tempahan awal Galaxy Z Flip atau Z Fold 4 di laman web Samsung Malaysia untuk menerima hadiah PERCUMA tambahan berupa Super-Fast Wireless Charging Duo bernilai RM369. Jika anda membuat tempahan awal Galaxy Watch 5 atau Buds 2 Pro, gunakan kod yang sama SYGZF4VIP untuk menerima Pengecas USB-C PD 15W bernilai RM59 PERCUMA.


Barisan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch telah menerima kemas kini. Samsung telah mengumumkan Galaxy Watch 5 Pro dan Galaxy 5 dalam majlis Unpacked 2022 yang turut menyaksikan gergasi Korea itu mengumumkan Galaxy Z Fold 4, Galaxy Z Flip 4, dan Galaxy Buds 2 Pro.



Harga Samsung Galaxy Watch 5 Pro & Galaxy Watch 5 di Malaysia

Berikut adalah harga jualan siri Samsung Galaxy Watch 5 di Malaysia:

  • Galaxy Watch 5 Bluetooth (44mm) – RM1,099
  • Galaxy Watch 5 Bluetooth (44mm) – RM1,199
  • Galaxy Watch 5 Pro Bluetooth (45mm) – RM1,899

Tempahan untuk memilikinya sudahpun dimulakan. Namun, tarikh penjualannya masih lagi belum diumumkan. Harga varian LTE masih belum diumumkan di laman rasmi Samsung walaupun entrinya sudahpun ada di sana.



Spesifikasi Samsung Galaxy Watch 5 Pro

Galaxy Watch 5 Pro adalah varian paling tinggi spesifikasinya dalam kalangan yang dilancarkan. Apabila dipakai, semua maklumat jam dipaparkan melalui panel paparan 1.4” jenis AMOLED.

Walaupun saiz paparan sama dengan Galaxy Watch 4, ketebalan badan telah berambah sebanyak lebih 7% kepada 10.5mm.

Galaxy Watch 5 Pro
Galaxy Watch 5

Ruang tambahan itu digunakan untuk menempatkan bateri yang lebih besar iaitu 590mAh (+63%). Ia dikatakan berikan jangka hayat penggunaan lebih panjang. Lagi untuk menambah baik di bahagian bateri, Samsung turut memperlengkap jam tangan ini dengan teknologi pengecasan pantas.

Disebalik panel paparan itu, ada papan utama yang bertunjangkan cip Exynos W920, cip yang sama memperkasakan siri Galaxy Watch 4 tempoh hari. SoC itu digandingkan dengan RAM 1.5GB dan storan dalaman 16GB untuk anda isi lagu-lagu kegemaran ataupun pasang APP penting.

Galaxy Watch 5 Pro menjalankan sistem operasi Wear OS 3.5 yang bersalut One UI Watch 4.5.

Bagi memungut data-data di sekelilingnya, berikut adalah sensor-sensor yang diberikan pada jam tangan ini:

  • Samsung BioActive
  • Akselerometer
  • Barometer
  • Giroskop
  • Geomagnetik
  • Cahaya
  • GPS

Spesifikasi Samsung Galaxy Watch 5

Untuk yang perlukan jam tangan pada harga lebih rendah, Galaxy Watch 5 adalah pilihan anda. Galaxy Watch 5 ditawarkan dalam dua jenis saiz. Saiz pertama adalah mengikut saiz Watch 5 Pro tapi kapasiti bateri lebih rendah (410mAh). Bateri lebih kecil bermakna ketebalan yang lebih rendah itiu 9.8mm.

Variasi kedua adalah yang bersaiz 1.2” dan tentunya kapasiti bateri lebih rendah iaitu 284mAh. Beza kapasiti bateri Watch 5 terkecil dan Watch 5 Pro adalah hampir 201%, satu perubahan yang sangat besar yang pastinya diterjemah pada hayat penggunaan yang nyata berbeza.

Hal ini disebabkan, walaupun kapasiti bateri lebih kecil, lain-lain spesifikasi Galaxy Watch 5 adalah sama seperti variant Pro. Anda dapat panel AMOLED, cip Exynos W920, RAM 1.5GB, storan 16GB, dan segala macam sensor diseluruh badan jam tangan ini.

Samsung melancarkan dua varian jam tangan pintar iaitu Galaxy Watch 5 Pro dan satu lagi Galaxy Watch 5. Varian “Pro” mempunyai muka jam 1.4” dengan kapasiti bateri 590mAh. Varian satu lagi ada ditawarkan dua saiz muka jam iaitu 1.4” dan 1.2” tapi dengan kapasiti bateri lebih rendah.

Lain-lain spesifikasi adalah sama. Ia diperkasa cip Exynos W920, RAM 1.5GB dan storan 16GB.

Tags: jam tangansamsungsamsung galaxysamsung galaxy watch 5samsung galaxy watch 5 proSmartwatch
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy Watch 5 Pro diumum, bateri 63% lebih besar berbanding dulu

Galaxy Watch 5 Pro diumum, bateri 63% lebih besar berbanding dulu

10 August 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER