• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga rasmi Galaxy Z Fold 4, Z Flip 4 & Bespoke Edition di Malaysia diumum lebih mahal

  • OLEH Najib
  • 10:53 pm
  • 10/08/2022
  • Komen
Harga rasmi Galaxy Z Fold 4, Z Flip 4 & Bespoke Edition di Malaysia diumum lebih mahal
Share on FacebookShare on Twitter

[ PROMOSI Samsung Galaxy Z Flip / Z Fold 4 ] Gunakan kod SYGZF4VIP apabila membuat tempahan awal Galaxy Z Flip atau Z Fold 4 di laman web Samsung Malaysia untuk menerima hadiah PERCUMA tambahan berupa Super-Fast Wireless Charging Duo bernilai RM369. Jika anda membuat tempahan awal Galaxy Watch 5 atau Buds 2 Pro, gunakan kod yang sama SYGZF4VIP untuk menerima Pengecas USB-C PD 15W bernilai RM59 PERCUMA.


Walaupun pelancaran antarabangsa bagi telefon baru Samsung, Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 baru sahaja selesai, Samsung Malaysia tidak berlengah dan mengambil masa yang lama untuk mengumumkan harga jualannya di Malaysia. Ini sebenarnya perkara biasa kerana Malaysia merupakan pasaran penting untuk Samsung.



Semua varian yang diumumkan tadi, akan dijual di Malaysia. Bagaimanapun, pilihan warna dan storan akan terhad saluran jualannya. Kepada yang mahu membeli, perlu mengambil perhatian jika mahu warna dan storan tertentu.

Harga jualan Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4

Samsung menawarkan storan sehingga 1TB untuk Z Fold 4 dan sehingga 512GB bagi Z Flip 4. Terdapat empat warna disediakan untuk Z Fold 4. Warna Phantom Black, GrayGreen dan Beige disediakan di semua saluran jualan tetapi warna Burgundy, dijual khusus di laman web Samsung Malaysia sahaja.



Begitu juga Z Flip 4, ia ditawarkan dalam empat warna iaitu Graphite, Pink Gold, Blue dan Bora Purple. Manakala Bespoke Edition yang boleh diubahsuai dan dipilih warna, hanya terdapat di laman web Samsung Malaysia.

Berikut adalah harga rasmi siri Galaxy Z yang baru di Malaysia:

  • Galaxy Z Fold 4 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM6,799
  • Galaxy Z Fold 4 (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM7,299
  • Galaxy Z Fold 4 (RAM 12GB + Storan 1TB) – RM8,299
  • Galaxy Z Flip 4 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM4,099
  • Galaxy Z Flip 4 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,399
  • Galaxy Z Flip 4 (RAM 8GB + Storan 512GB) – RM4,899
  • Galaxy Z Flip 4 Bespoke Edition (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,599

Dapat dilihat, harga pelancaran generasi ke-4 ini naik sedikit berbanding generasi ke-3 tahun lepas. Z Fold 4 256GB naik RM100 manakala 512GB sebanyak RM200. Sama juga di Z Flip 4, naik RM100 untuk 128GB dan RM200 di 256GB.

Promosi tempahan awal

Samsung Malaysia telah membuka tempahan awal untuk kedua-dua telefon pintar lipat yang baru dilancar ini. Ia menawarkan hadiah percuma dan beberapa promosi menarik kepada pembeli terawal, jika membuat tempahan dari 10 Ogos sehingga 1 September 2022.

Bagi Galay Z Fold 4, hadiah percuma yang diberikan adalah perlindungan Samsung Care+ iaitu jaminan selama 2 tahun dan 3x penggantian filem pelindung skrin dalam. Seterusnya adalah e-baucar bernilai RM650 serta Standing Cover bersama S Pen (bernilai RM369).

Untuk Galaxy Z Flip 4 pula, diberikan hadiah percuma berupa perlindungan Samsung Care+ iaitu jaminan selama 2 tahun dan 3x penggantian filem pelindung skrin dalam. Serta e-baucar bernilai RM450 dan pelindung kulit (bernilai RM379).

Samsung turut menawarkan program tukar tebus peranti lama, untuk rebat sehingga RM600 membeli telefon baru Samsung ini.

Jika anda berminat dengan Galaxy Z Fold 4 atau Galaxy Z Flip 4, segera membuat tempahan awal sekarang untuk menerima hadiah percuma yang disediakan. Layari laman produk Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 untuk mula menempah.

Tags: galaxy z flip 4galaxy z fold 4samsungsamsung galaxy z flip 4samsung galaxy z fold 4
Najib

Najib

POPULAR

Harga rasmi Galaxy Z Fold 4, Z Flip 4 & Bespoke Edition di Malaysia diumum lebih mahal

Harga rasmi Galaxy Z Fold 4, Z Flip 4 & Bespoke Edition di Malaysia diumum lebih mahal

10 August 2022
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN