• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco M4 5G, spec hampir sama dengan perubahan fizikal dan harga lebih tinggi

  • OLEH Najib
  • 5:56 pm
  • 17/08/2022
  • Komen
Poco M4 5G, spec hampir sama dengan perubahan fizikal dan harga lebih tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

Selain melancarkan telefon termurah Poco C40, Poco Malaysia turut mengumumkan telefon 5G termurah yang baru, Poco M4 5G. Bagaimanapun, model ini kelihatan hanya naik taraf kosmetik daripada Poco M3 Pro yang dilancarkan setahun yang lalu. Bahagian perkakas Poco M4 5G kelihatan sangat serupa dengan Poco M3 Pro, dengan penurunan dilihat pada kamera, serta dikurangkan lensa kepada dua sahaja di belakang.

Harga dan promosi

Poco akan menjual Poco M4 5G di Malaysia pada harga rasmi seperti berikut:



  • Poco M4 5G (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM699
  • Poco M4 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM899

Untuk perbandingan, Poco M3 Pro yang dilancar setahun yang lalu, dijual pada harga RM699 (64GB) dan RM799 (128GB). Agak mengejutkan juga apabila Poco M4 5G yang serupa, dijual pada harga yang lebih mahal.

Tetapi pengguna yang berminat memilikinya, boleh mendapatkan diskaun sehingga RM100 untuk membeli Poco M4 5G ini. Diskaun ini diberikan untuk pembelian di antara 18-24 Ogos 2022, di Stor Poco Global di Shopee.



Harga semasa promosi selama seminggu ini adalah seperti berikut:

  • Poco M4 5G (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM699 RM649
  • Poco M4 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM899 RM799

Spesifikasi Poco M4 5G

Persamaan terbesar antara Poco M4 5G dan Poco M3 Pro adalah penggunaan cip Mediatek Dimensity 700 7nm 5G. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR4x sehingga 6GB dan storan dalaman UFS 2.2 sehingga 128GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB untuk menambah ruang storan.

Skrin pula jenis bertakuk kecil di dahi, seluas 6.58-inci HD Penuh dan ada kadar penyegaran dinamik 90Hz. Kaca Corning Gorilla Glass menjadi lapisan luar skrin. Manakala pengimbas capjari dipasang di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Jika di Poco M3 Pro dahulu ada tiga kamera belakang, di Poco M4 5G dikurangkan kepada dua sahaja. Kamera utama juga ditukar kepada piksel lebih kecil, iaitu 13MP F2.2 bergandingan dengan kamera potret 2MP. Tiada lagi kamera makro. Di hadapan, ia memiliki kamera 5MP F2.2, terletak di dalam takuk kecil.

Kapasiti bateri masih sama, 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W USB-C. Bagaimanapun, kepala pengecas 22.5W disertakan di dalam kotak. Speaker hanya mono dan masih ada jek audio 3.5mm

Sistem operasi MIUI 13 for Poco berasaskan Android 12 digunakan pada Poco M4 5G. Dari laman spesifikasi, tiada lagi pemancar inframerah terdapat di telefon ini. Terdapat tiga warna disediakan, antara biru, hitam dan kuning.

Ini dilihat telefon kedua Poco, yang disegarkan semula rupa luar dengan nama baru tetapi perkakas hampir sama. Poco F4 masih menggunakan kuasa Snapdragon 870 seperti di Poco F3. Kini Poco M4 5G pula mengikuti jejak Poco M3 Pro.

Adakah Poco kini hanya mengejar banyaknya model baharu tanpa memberi naik taraf yang sepatutnya? Pengguna pula harus lebih cakna dan cerdik memilih peranti yang terbaik untuk mereka.

Bacaan Berkaitan

  • Poco M3 Pro merampas takhta telefon 5G paling murah di Malaysia
  • Poco C40 dengan skrin dan bateri besar, kini sah telefon termurah Poco di Malaysia
  • Poco F4: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Poco M4 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: PocoPoco M4 5G
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Poco M4 5G, spec hampir sama dengan perubahan fizikal dan harga lebih tinggi

Poco M4 5G, spec hampir sama dengan perubahan fizikal dan harga lebih tinggi

17 August 2022
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER