• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CIMB mengesahkan sedia mendokong Apple Pay tahun hadapan

  • OLEH Najib
  • 11:16 pm
  • 18/08/2022
  • Komen
CIMB mengesahkan sedia mendokong Apple Pay tahun hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Pay telah rasmi digunakan di Malaysia, dengan tiga bank mengumumkan sokongan iaitu Ambank, Maybank dan Standard Chartered. CIMB, salah satu bank terbesar di Malaysia masih belum menyokong Apple Pay.

Dalam majlis pelancaran aplikasi baharu CIMB Octo, wakil CIMB mengesahkan bahawa mereka sedang mengusahakan sokongan Apple Pay tetapi bukan dalam masa terdekat. Apple Pay dijangka sedia digunakan oleh pengguna CIMB pada pertengahan kedua tahun 2023.



Sukacita diingatkan bahawa CIMB telah menyokong Samsung Pay dalam bentuk kad kredit dan kad prabayar. Malah, CIMB merupakan bank terawal menyokong pembayaran NFC menerusi aplikasi CIMB Pay.

Buat masa ini, hanya Maybank membenarkan penggunaan kad debit, kredit dan kad prabayar di Apple Pay. Ambank dan Standard Chartered hanya menyokong Apple Pay bersama kad kredit mereka. Penerimaan pembayaran Apple Pay juga serupa dengan Samsung Pay iaitu mana-mana terminal pembayaran yang menerima Visa Paywave atau Mastercard Paypass.



Apple Pay juga serasi dengan pelbagai peranti iPhone dan Apple Watch. Telefon Apple yang lebih baru dan memiliki Face ID, boleh melancarkan Apple Pay dengan pantas, dengan menekan butang kuasa dua kali. Bagi peranti lama dengan Touch ID seperti iPhone 6, 7 dan 8, boleh menekan butang Touch ID dua kali untuk menggunakan Apple Pay.

Satu lagi perkara yang membezakan Apple Pay dan sistem pembayaran tanpa sentuh lain adalah tiadanya had pembayaran. Pembayaran tanpa sentuh lain hanya membenarkan sehingga RM250, sebelum nombor PIN diperlukan jika melebihi had tersebut.

Jika anda baru mahu menggunakan Apple Pay, anda boleh mengikuti tutorial kami di sini.

Tags: apple paycimb
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
CIMB mengesahkan sedia mendokong Apple Pay tahun hadapan

CIMB mengesahkan sedia mendokong Apple Pay tahun hadapan

18 August 2022
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN