• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Uncategorized

Garmin Enduro 2, jam tangan multisukan dengan hayat bateri lebih 30 hari, masuki Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:57 pm
  • 18/08/2022
  • Komen
Garmin Enduro 2, jam tangan multisukan dengan hayat bateri lebih 30 hari, masuki Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan Garmin Enduro 2 ke dalam pasaran kita. Ia adalah versi kemas kini Enduro asal yang dilancarkan dalam bulan Februari 2021 lalu.

Harga Garmin Enduro 2

Garmin Enduro 2 boleh didapatkan di Malaysia pada harga RM5,440 melalui Shopee, Lazada, AECO e-store,  dan semua pengedar sah produk Garmin di seluruh negara.



Spesifikasi Garmin Enduro 2

Garmin Enduro 2 asasnya adalah Fenix 7 yang ada hayat bateri yang panjang. Berdasarkan helaian spesifikasi, dalam penggunaan biasa, baterinya boleh tahan sehingga 34 hari lamanya ataupun sehingga 46 hari dengan bantuan solar. Dalam keadaan yang serupa Fenix 7 bertahan sehingga 18 hari ataupun 22 hari dengan bantuan solar.

Makanya boleh disimpulkan bahawa Enduro 2 ditujukan pada pengembara yang berekspedisi berhari-hari tanpa akses kepada soket kuasa untuk mengecas aksesorinya.



Pada sudut fizikaliti, ia ada panel paparan yang lebih besar. Pada 1.4” panel ini memaparkan imej pada resolusi 280 x 280. Garmin meletakkan panel solar pada bingkai jam tangan ini dan ia mungkin menyumbang kepada peningkatan harga yang agak ketara berbanding generasi terdahulu.

Daripada segi spesifikasi lain, Enduro 2 ada segala-gala sensor yang ada pada Fenix. Senarainya adalah sama iaitu:

  • Satelit penjejak berbilang jalur (GPS, GLONASS, GALILEO)
  • Garmin Elevate
  • Pulse OX
  • Barometer
  • Altimeter
  • Kompas
  • Giroskop
  • Akselerometer
  • Thermometer

Berbekalkan sensor-sensor ini, semua fungsi penjejak seperti untuk hutan, berlari, berjalan, berenang, bermain golf, bersenam, dan macam-macam lagi, adalah sama antara satu sama lain.

Satu ciri unik pada jam tangan ini adalah ia ada lampu suluh cerah, 2 kali ganda lebih cerah berbanding yang ada pada Fenix 7X. Komponen ini sangat berguna untuk kegunaan menyuluh sewaktu dalam keadaan kecemasan.

Untuk kegunaan kasual, Enduro 2 dilengkapi Bluetooth dan Wi-Fi untuk perpindahan data. Ia boleh memaparkan notifikasi yang masuk ke telefon. Storan 32GB boleh digunakan untuk menyimpan lebih 2,000 lagu dan anda juga boleh kawal Spotify terus daripada telefon.

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Garmin Enduro 2, jam tangan multisukan dengan hayat bateri lebih 30 hari, masuki Malaysia

Garmin Enduro 2, jam tangan multisukan dengan hayat bateri lebih 30 hari, masuki Malaysia

18 August 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN