• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: 5 cara bersihkan skrin & TV dengan betul

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:24 am
  • 18/08/2022
  • Komen
TIPS: 5 cara bersihkan skrin & TV dengan betul
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah tentu semua individu mahu skrin TV bebas daripada habuk dan kotoran, lebih-lebih lagi apabila setiap hari menggunakannya untuk menonton rancangan. Pantang ada kotoran sedikit, pasti capai kain atau tisu untuk bersihkannya. Tapi kebiasaanya, bagaimana anda bersihkan skrin TV? Ramai orang bersihkannya sama seperti membersihkan perkakas lain di rumah mereka.

Anda perlu tahu, lakukannya dengan kaedah yang salah boleh merosakkan skrin TV anda secara kekal. Ia juga adakalanya boleh membatalkan jaminan TV anda. Oleh itu, berikut merupakan perkara yang perlu dielak dan dilakukan apabila membersihkan skrin TV.



1. Jangan guna tuala dan tisu untuk bersihkan TV

Kebanyakan skrin TV jenis LCD, LED dan OLED sensitif kepada tekanan dan ia terdedah kepada calar. Malah, material tisu dan tuala juga boleh merosakkan skrin TV itu. Anda disyorkan untuk guna kain mikrofiber bagi membersihkan skrin TV sama ada jenis LCD, OLED, plasma atau paparan CRT lama. Kain jenis ini sesuai untuk tanggalkan cap jari dan kotoran pada skrin tanpa merosakkannya. Selain itu, elak gosok skrin terlalu kuat sebab skrin TV bersifat rapuh. Maka, pastikan anda lap skrin selembut mungkin.

Sumber

2. Elak sembur larutan terus ke skrin TV

Jangan sembur sebarang cecair pembersihan terus ke skrin TV anda. Menyembur larutan terus ke TV boleh meninggalkan kesan kekal pada skrin. Ianya juga boleh mengakibatkan bahagian dalaman TV anda rosak. Cara yang betul ialah, semburkan cecair pada kain terlebih dahulu dan kemudian lap skrin TV dengan perlahan. Selain itu, anda dinasihatkan untukk tidak menggunakan produk yang mengandungi ammonia, alkohol atau aseton kerana ia boleh merosakkan salutan anti-silau.



Sumber

3. Matikan TV semasa membersihkannya

Pastikan TV anda dimatikan semasa anda bersihkannya. Hal ini untuk mengurangkan kemungkinan berlaku sebarang kemalangan elektrik. Apabila skrin gelap, ia secara tidak langsung akan memudahkan anda mengesan dan membuang kotoran.

Sumber

4. Lap skrin satu arah sahaja

Semasa bersihkan skrin TV, anda harus lapnya terlebih dahulu dalam satu arah sahaja contohnya lap skrin menggunakan kain yang disembur larutan secara menegak. Kemudian, untuk bersihkan cecair pada skrin anda harus lakukannya dalam arah bertentangan, contohnya lap kebawah. Cara ini bantu memastikan tiada tempat pada skrin tertinggal untuk dibersihkan.

5. Tukar kain selepas lap skrin

Sebaik sahaja habuk melekat pada kain, ia boleh meninggalkan calar pada skrin apabila anda gunakannya lagi. Jadi, pastikan anda tukar kain pembersih selepas beberapa kali lap supaya ia dapat menangkap semua habuk yang ada. Ini juga dapat elakkan anda meninggalkan tompok calar pada skrin.

6. Biarkan skrin kering

Tompok basah pada skrin boleh mencipta silau yang mudah dilihat apabila TV dihidupkan dan sudah tentu perkara ini akan menyiksa penglihatan anda. Jadi, setelah anda selesai bersihkan skrin TV, biarkan ia kering sepenuhnya sebelum anda memasangnya semula.

Pasti anda sayang TV di rumah kan? Lebih-lebih lagi jika anda kumpul duit sendiri untuk membelinya. Oleh itu, pastikan anda bersihkan skrin TV dengan baik supaya ia tidak rosak dan boleh digunakan dengan lama.

[Sumber: Gadgetsnow]

Bacaan berkaitan

  • TIPS: Cara bersihkan fon telinga & bekas pengecasnya dengan cermat
  • Pastikan anda elak 4 bahan ini ketika bersihkan skrin telefon
  • TIPS: 5 perkara boleh anda buat elak kesesakan jalan raya
Tags: TV
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 5 cara bersihkan skrin & TV dengan betul

TIPS: 5 cara bersihkan skrin & TV dengan betul

18 August 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN