• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nak orang kunjungi Shorts, Youtube tambah ciri kedekut macam Tiktok

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:04 pm
  • 19/08/2022
  • Komen
Nak orang kunjungi Shorts, Youtube tambah ciri kedekut macam Tiktok
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda selalu muat turun video dari YouTube Shorts kemudian kongsikannya di platform lain, anda selepas ini masih boleh berbuat demikian, tapi penonton anda dengan sekali imbas boleh tahu video itu adalah dari Shorts.

Hal ini kerana, YouTube telah tambahkan tera air (watermark) pada Shorts. Jadi sudah tentu orang yang tonton video itu akan tahu kandungan yang anda kongsikan boleh didapati di YouTube Shorts. Dalam masa yang sama, ciri ini juga nampak seperti Youtube tidak mahu kandungan yang ada di sana di bawa ke platform lain. Anda pula nak ke muat naik video yang ada tera air Shorts di Tiktok atau Reels?



Ciri ini akan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang pada desktop. Youtube juga rancang untuk mengembangkannya pada aplikasi telefon dalam beberapa bulan akan datang. Jadi sebelum ia dilancarkan ini, bolehlah anda muat turun Shorts sekarang tanpa disertakan tera air.

Kalau anda perasan, ciri ini sudah lama tersedia di TikTok. Video yang dimuat turun akan mengandungi tera air dan nama pengguna, jadi penonton boleh pergi ke aplikasi itu untuk cari video asal dengan mudah. Perkara ini ada banyak faedahnya, ia bukan sahaja berikan kredit kepada pencipta tapi ia juga boleh menarik ramai lagi penonton berkunjung ke profil seseorang. Jika banyak video yang menarik, sudah tentu orang rami akan tertarik mengikuti anda.



Sementara itu, Instagram sudah pun lancarkan ciri untuk tidak menaikkan video yang dikongsi dari platform lain iaitu peringkat keaslian (Ranking for originality). Jika anda kongsi video dari platform lain di Reels, Instagram akan merendahkan video anda daripada ranking dan sudah tentu ia tidak ditonton ramai melainkan pengikut anda sendiri.

[Sumber: TheVerge, Google]

Tags: YouTubeYouTube Shorts
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nak orang kunjungi Shorts, Youtube tambah ciri kedekut macam Tiktok

Nak orang kunjungi Shorts, Youtube tambah ciri kedekut macam Tiktok

19 August 2022
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN