• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile kemaskini pelan pascabayar, lebih banyak data dalam dan luar negara serta ansuran peranti 5G tanpa faedah

  • OLEH Najib
  • 2:57 pm
  • 22/08/2022
  • Komen
U Mobile kemaskini pelan pascabayar, lebih banyak data dalam dan luar negara serta ansuran peranti 5G tanpa faedah
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile baru-baru ini mengumumkan barisan pelan pascabayar baharu, U Postpaid 98 dan U Postpaid 68. Ia menyertai pelan sedia ada U Postpaid 38 yang dikenakan sedikit perubahan, terutama pada kuota hotspot.

Dalam pelancaran pelan baru ini, U Mobile menyatakan mereka menjadi syarikat telekomunikasi (telco) pertama di Malaysia yang menawarkan 1,000GB (1TB) data berkelajuan tinggi. Data ini juga boleh dikongsikan sesama ahli keluarga menerusi talian tambahan.



Pelan U Postpaid 38, 68, 98

Dengan pengumuman ini, terdapat tiga pelan pascabayar U Mobile iaitu Postpaid 38, Postpaid 68 dan Postpaid 98. Pelan termurah Postpaid 38 adalah pelan yang dilancarkan awal tahun ini, dengan kuota 30GB data berkelajuan tinggi. U Postpaid 68 pula menyediakan 100GB data, manakala U Postpaid 98 memiliki 1,000GB data. Semua pelan ini disertakan panggilan tempatan tanpa had.

Satu perkara yang cuba ditekankan U Mobile untuk pelan ini adalah ia tersedia 5G. Bermakna, apabila U Mobile menyelesaikan perjanjian bersama Digital Nasional Bhd (DNB) dan melancarkan 5G di rangkaian mereka, ia sedia digunakan oleh pengguna pelan ini.



Percuma perayauan data 15GB dan panggilan masuk di luar negara

Khas untuk pelan Postpaid 68 dan Postpaid 98, ia turut memiliki data perayauan percuma sebanyak 15GB. Data perayauan percuma ini boleh digunakan di 63 negara, antaranya Australia, China, Vietnam, Thailand, Hong Kong, Jepun, Taiwan, Australia, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, Arab Saudi, Perancis, Itali, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Data dan senarai negara ini jauh lebih banyak daripada yang ditawarkan Digi Roam Like Home di pelan pascabayar mereka. Selain itu, pengguna pelan U Mobile ini juga boleh menjawab panggilan ketika di luar negara percuma, tanpa caj perayauan panggilan yang mahal di 63 negara tersebut.

Kuota hotspot hanya 5GB

Biasanya, pelan tanpa had kelajuan menggunakan kuota hotspot yang sama dengan kuota data biasa. Tetapi dalam pelan baru U Mobile ini, kuota hotspot diberikan berasingan. Data biasa yang begitu banyak, tidak boleh diguna untuk berkongsi dengan peranti atau orang lain. Menurut ruang soalan lazim FAQ, walaupun 1,000GB kuota di Postpaid 98, ia hanya untuk kegunaan peranti mudah alih pengguna sahaja.

Kuota untuk hotspot di pelan baru U Mobile Postpaid kini hanya sebanyak 5GB sahaja. Jika anda perlukan lebih data hotspot, U Mobile ada menawarkan booster pada harga RM5 untuk 5GB dan RM10 bagi 10GB. Tempoh sah data ini mengikut kitaran bil pengguna.

Tambah talian tambahan hanya RM38/bulan

Pelan baru U Mobile Postpaid turut menyediakan talian tambahan U FamilyShare berharga hanya RM38/bulan. Tetapi ia hanya untuk pelan Postpaid 98 sahaja. Talian tambahan ini akan berkongsi kuota 1,000GB di dalam pelan Postpaid 98 dan turut ada panggilan tempatan tanpa had.

Bagaimanapun, talian tambahan ini tiada kuota hotspot serta tiada perayauan data percuma. Pengguna Postpaid 98 boleh menambah sehingga 6 talian tambahan U FamilyShare.

Beli peranti secara ansuran 0%

U Mobile juga ada menawarkan pembelian peranti secara ansuran tanpa faedah, tetapi khas untuk pelan Postpaid 98 sahaja. Ia memberikan pengguna ansuran selama 24 bulan menerusi tawaran U PayLater.

Antara peranti yang ditawarkan adalah Galaxy S22 Ultra dari RM192/bulan, iPhone 13 dari RM125/bulan dan Honor Magic 4 Pro dari RM97/bulan.

Tetapi ada juga tawaran peranti bagi pelan Postpaid 68, menerusi U SaveMore. Ia adalah tawaran cara lama iaitu kontrak pelan dengan bayaran deposit tinggi untuk mendapatkan peranti pada harga lebih murah. Menariknya, ia ada menawarkan kontrak 12-bulan dan 24-bulan.

Untuk mengenali pelan terbaru ini, layari laman web U Mobile Postpaid.

Tags: u mobileU Mobile PostpaidU Mobile Postpaid 38U Mobile Postpaid 68U Mobile Postpaid 98
Najib

Najib

POPULAR

U Mobile kemaskini pelan pascabayar, lebih banyak data dalam dan luar negara serta ansuran peranti 5G tanpa faedah

U Mobile kemaskini pelan pascabayar, lebih banyak data dalam dan luar negara serta ansuran peranti 5G tanpa faedah

22 August 2022
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN