• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT Neo 3T, pilihan baru peranti flagship mampu milik

  • OLEH Najib
  • 10:07 am
  • 24/08/2022
  • Komen
Realme GT Neo 3T, pilihan baru peranti flagship mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas melancarkan telefon pintar berkuasa tinggi, GT Neo 3 bulan Jun lepas, Realme Malaysia kini melancarkan pula versi lebih mampu milik, GT Neo 3T. Ia adalah peranti dengan cip kelas flagship tetapi beberapa kuasa dikurangkan.

Malah, boleh dikatakan bahawa GT Neo 3T adalah peranti yang berada di bawah GT Neo 2 yang dilancar di Malaysia tahun lepas.



Harga dan promosi

Realme Malaysia akan mula menjual GT Neo 3T pada 23 Ogos 2022. Harga rasmi jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Realme GT Neo 3T (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,799

Untuk rujukan, GT Neo 3 dijual di Malaysia pada harga RM2,099 (8+256GB) manakala GT Neo 2 kini berharga RM1,899 (8+128GB).



Tetapi khas selama 3 hari, dari 23-25 Ogos 2022, pembeli boleh menikmati diskaun masa terhad. Ia hanya terdapat di Stor Realme Global di Shopee sahaja. Diskaun RM200 diberikan, menjadikan harganya cuma RM1,599. Manakala 200 pembeli terawal, akan menerima Realme Watch 3 yang baru bernilai RM259, secara percuma.

Spesifikasi Realme GT Neo 3T

Persamaan di Realme GT Neo 3T dan GT Neo 2 adalah penggunaan cip Snapdragon 870 7nm 5G, sejenis cip yang dinaik taraf daripada Snapdragon 865. Bagaimanapun, GT Neo 3 menggunakan RAM lebih rendah, iaitu RAM LPDDR4X 8GB bersama storan UFS 3.1 128GB.

Skrin yang digunakan jenis AMOLED, berukuran 6.62-inci HD Penuh dan ada kadar penyegaran dinamik 120Hz. Kecerahannya boleh pergi setinggi 1,300nits. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Bateri 5,000mAh dipasang di dalam GT Neo 3T. Naik taraf ketara di GT Neo 3T berbanding Neo 2 adalah kuasa pengecas lebih tinggi, SuperDart Charge 80W USB-C. Kepala pengecas 80W ada diberikan di dalam kotak. Ia boleh mengecas dari 0-50% dalam masa 30 minit sahaja.

Spesifikasi kamera adalah serupa. Kamera di belakang terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan pula 16MP, terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Tiada jek audio di GT Neo 3T tetapi sistem bunyinya dikeluarkan secara stereo, menerusi 2 pembesar suara di atas dan bawah telefon. Sistem operasi Realme UI 3.0 berasaskan Android 12, menjadi teras utama perisian di dalam telefon ini.

Realme mengekalkan semangat kereta lumba GT, kini dengan kemasan petak bendera penamat bagi GT Neo 3T. Ia terdapat dalam warna kuning dan putih, tetapi hanya warna kuning dijual di Malaysia. Satu lagi pilihan warna yang ada ialah hitam, tanpa sebarang corak.

Kemasukan GT Neo 3T ke Malaysia dilihat sebagai usaha Realme untuk melambakkan pilihan kepada pengguna. Tetapi dengan harga menghampiri RM2,000, ada pilihan yang dilihat lebih baik daripada Realme sendiri iaitu GT Neo 2 atau ditambah sikit kepada GT Neo 3. Selain itu, ada juga jenama lain yang menarik seperti Xiaomi 11T Pro berkuasa Snapdragon 888, atau Poco F4 GT dengan Snapdragon 8 Gen 1.

Bacaan Berkaitan

  • Realme GT Neo 3, Buds Air 3 Blue & Buds Q2s: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme GT Neo 2 dengan RAM 12GB ada harga promosi di bawah RM2,000
  • Harga rasmi siri Xiaomi 11T diturunkan, lebih murah RM200 dari sebelumnya
  • Poco F4 GT muncul sebagai telefon Snapdragon 8 Gen 1 termurah di Malaysia
Tags: RealmeRealme GT Neo 3T
Najib

Najib

POPULAR

Realme GT Neo 3T, pilihan baru peranti flagship mampu milik

Realme GT Neo 3T, pilihan baru peranti flagship mampu milik

24 August 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER