• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple dikatakan sengaja susahkan proses menukar bateri MacBook Pro

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:51 pm
  • 25/08/2022
  • Komen
Apple dikatakan sengaja susahkan proses menukar bateri MacBook Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Benar, manual untuk melakukan pembaikian MacBook Pro boleh diakses pengguna kebanyakkan. Tapi ia tidaklah membuatkan proses melakukannya mudah. Kami pernah laporkan yang Apple dikecam ramai disebabkan tidak mesra gerakan Right to Repair.

Menurut iFixit, terdapat tiga komponen yang menyebabkan sesuatu gajet itu menerima skor repairability yang tinggi. Komponen pertama adalah peralatan, kemudian komponen, dan manual.



Dua komponen terakhir itulah yang sangat dijaga oleh Apple. Misalnya MacBook Pro tahun 2021.

Bateri pada gajet elektronik memang perlu digantikan bila tiba masa. Itu perkara yang tidak dapat dielakkan. Menyedari tentang hal itu, iFixit merasakan yang Apple sengaja menyembunyikan bateri MacBook Pro sedalam mungkin sehinggakan pengguna perlu membuka hampir keseluruhan laptop untuk lakukannya.



Bukan itu saja, bateri yang dimaksudkan dilakurkan pada bahagian atas badan MacBook Pro.

Untuk akses bateri sahaja anda perlu cerakinkan hampir keseluruhan laptop

Menurut manual DIY, komponen itu mengandungi unit pengawal bateri, papan kekunci dan kabel, mikrofon, dan speaker. Jika pengguna ingin gantikan bateri bila tiba masanya, mereka perlu beli bahagian yang bernama “Top Case with Battery and Keyboard” yang berharga lebih USD500 walaupun mereka hanya perlukan bateri.

Hal ini kerana, Apple tidak menjual bateri sahaja.

Untuk dapatkan bateri, pengguna perlu beli ini

Kalaupun pengguna berjaya beroleh peralatan, dan komponen yang diperlukan untuk lakukan pembaikan kendiri, mereka tentu termuntah melihat manual yang ada 126 muka surat, hanya untuk mengakses bateri MacBook Pro 2021.

Sumber: iFixit

Tags: applelaptopmacMacBookmacbook promacos
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Apple dikatakan sengaja susahkan proses menukar bateri MacBook Pro

Apple dikatakan sengaja susahkan proses menukar bateri MacBook Pro

25 Ogos 2022
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER