• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 8 Z 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:07 pm
  • 25/08/2022
  • Komen
Oppo Reno 8 Z 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli ketiga keluarga siri Oppo Reno 8 telah masuki Malaysia. Selepas Oppo Reno 8 Pro 5G dan Oppo Reno 8 5G dilancarkan penghujung Julai 2022 lalu, Oppo Reno 8 Z 5G. Satu perkara yang menarik dengan Reno 8 Z adalah spesifikasinya adalah sama dengan Reno 7 Z yang dilancarkan 5 bulan lebih awal.

Harga Oppo Reno 8 Z 5G di Malaysia

Oppo Reno 8 Z di dalam pasaran Malaysia menerima tanda harga RM1,799. Seperti saudara lainnya, hanya satu varian disediakan iaitu RAM 8GB dan storan 256GB. Setiap pembelian akan disertakan seunit fon putik Oppo Enco Buds 2 percuma beserta goodie bag My OPPO bernilai sehingga RM888.



Tiada promosi tempahan awal dijalankan untuk model kali ini. Tapi jika anda dapatkan seunit Reno 8 Z 5G antara 25 hingga 31 Ogos 2022 di Reno 8 Z Portrait Carnival, anda akan menerima pemberian eksklusif bernilai sehingga RM438. Di dalamnya terdapat fon putik Oppo Enco Buds 2 (RM109), baucar hotel (RM250), dan powerbank (RM79).

Spesifikasi Oppo Reno 8 Z 5G

Seperti yang kami katakan tadi, Reno 8 Z adalah sama dengan Reno 7 Z, jadi sekiranya anda ada telefon itu, tiada gunanya anda berpindah ke Reno 8 Z. Satu-satunya perbezaan adalah penawaran storan lebih besar iaitu 256GB tapi pada harga RM100 lebih tinggi.



Reno 8 Z hadir menggayakan paparan sebesar 6.4” daripada jenis AMOLED dengan kadar segar semula setinggi 60Hz. Agak pelik untuk lihat telefon pada paras harga ini masih diberikan panel paparan sebegini.

Tidak terhad di panel paparan, pola yang sama turut boleh anda lihat pada kelengkapan pengimejan telefon ini. Memanglah anda terima tiga buah kamera belakang. Tapi selain kamera utama 64MP, dua lagi kamera belakang bolehlah anggapnya tiada. Anda beroleh dua kamera 2MP, satu untuk makro dan satu lagi untuk depth.

Di bahagian papan utama, telefon ini diperkasa Snapdragon 695. Cip ini turut digunakan oleh Realme Pad X yang kami laporkan tempoh hari. Bersama-sama dengan SoC itu, ia diberikan RAM 8GB dan storan 256GB. Ada fungsi RAM Extension yang boleh curi sehingga 5GB storan untuk dijadikan RAM maya.

Sejurus keluar kotak, telefon ini menjalankan ColorOS 12.1 yang disadurkan di atas Android 12.Oppo meletakkan sistem bateri berkapasiti 4,500mAh pada Reno 8 Z. Ia dicas pantas menggunakan blok pengecas 33W.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidoppoOppo Renooppo reno 8 ztelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Reno 8 Z 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Oppo Reno 8 Z 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

25 August 2022
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN