• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tablet PerantiSiswa mula diedarkan. Ia nampak lebih baik daripada jangkaan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:59 pm
  • 02/09/2022
  • Komen
Tablet PerantiSiswa mula diedarkan. Ia nampak lebih baik daripada jangkaan
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi & Multimedia (Men-KOMM) hari ini telah berkongsikan beberapa gambar yang menunjukkan set tablet PerantiSiswa yang sedang mereka edarkan kepada yang layak. Daripada gambar-gambar tersebut, kami berpendapat yang ia lebih baik daripada jangkaan kami.

Kalau anda masih ingat, sewaktu tender sedang dibida, Men-KOMM ada mengutuskan beberapa gambar yang didakwa sebagai tablet PerantiSiswa dan kami melaporkannya. Misalnya, kami dapati yang papan kekuncinya adalah daripada jenama generik berharga bawah RM50 sahaja di Shopee.



Bermula dari situlah kami meletakkan jangkaan yang tidaklah terlalu tinggi untuk inisitif ini.

Biasanya, kalau inisiatif pemberian pecuma, risiko untuk menerima produk yang tidak berkualiti agak tinggi. Misalnya ramai merungut spesifikasi laptop 1Malaysia yang tidak mampu untuk memenuhi tugasan harian penerima.



Sedia kita yang tablet PerantiSiswa adalah sebuah Samsung Galaxy Tab A8. Tapi menerusi gambar-gambar yang dikongsikan Men-KOMM, kelihatan set PerantiSiswa itu semua daripada jenama Samsung.

Bermula dengan papan kekunci, ia adalah Samsung Smart Keyboard Trio 500 yang RRP-nya adalah RM179. Keyboard ini didatangkan percuma sewaktu anda beli Samsung Smart Monitor dan kami memiliki seunit di pejabat. Gembira kami katakan yang ia adalah sebuah papan kekunci baik kualitinya.

Dua daripada aksesorinya iaitu stailus dan pelindung tablet tidak pula kami jumpai di laman rasmi Samsung. Lebih memelikkan, kalau anda amati gambar-gambar tersebut dengan lebih rapat, anda akan nampak perkataan “Samsung C&T”. Ia adalah Samsung C&T Corporation, syarikat Samsung yang beroperasi dalam lapangan kejuruteraan dan pembinaan.

Spekulasi kami adalah dua aksesori itu adalah lebihan sagu hati yang tidak habis diedarkan.

Tapi, kenapa perlu gambar Perdana Menteri pada kotak? Peruntukkan yang digunakan untuk PerantiSiswa adalah dana awam, semuanya daripada kutipan cukai daripada rakyat. Tindakan tersebut nampak seperti dana poket sendiri digunakan.

Sumber: Men-KOMM

  • Cuba anda lihat pada 4 syarikat yang berjaya bida tender PerantiSiswa ini
  • Tablet Samsung ini dipilih sebagai gajet PerantiSiswa, edaran bermula dalam bulan Ogos 2022
  • Program PerantiSiswa: Tablet akan diedarkan seawal Ogos 2022 dan permohonan diperluas kepada IPG dan Kolej Metrikulasi
Tags: kommmen-kommmenkommperantisiswasamsungsamsung galaxy tab a8
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tablet PerantiSiswa mula diedarkan. Ia nampak lebih baik daripada jangkaan

Tablet PerantiSiswa mula diedarkan. Ia nampak lebih baik daripada jangkaan

2 September 2022
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN