• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih 45 juta entri data sensitif Malindo Air tahun 2019 terbocor dan dimuat naik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:51 am
  • 06/09/2022
  • Komen
Data Penumpang Malindo Air Dan Dua Syarikat Pengangkut Sedia Dibeli Secara Haram Akibat Kebocoran
Share on FacebookShare on Twitter

Satu pengguna di forum dalam talian berkaitan keselamatan telah memuat naik data yang katanya diekstrak daripada pengkalan data Malindo Air dalam tahun 2019. Untuk pengetahuan, Malindo Air kini telah dijenamakan semula sebagai Batik Air.

Sebanyak 45 juta entri daripada pengkalan data boleh didapati dan semuanya data sensitif. Antara data yang diekstrak adalah alamat emel, alamat rumah, nombor passport, nombor telefon. Daripada tangkap layar utusan tersebut, kelihatan juga alamat emel yang berulang serta entri menggunakan input rambang.



Ia mencadangkan 45 juta entri tersebut bukanlah unik dan iak termasuk sekali entri percubaan yang mungkin dimasukkan sewaktu percubaan sistem. Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak pengendali penerbangan itu sama ada di laman web ataupun saluran media sosial mereka.

Walaupun tiada kenyataan rasmi, ia mungkin ada kaitan dengan kebocoran data penumpang yang pernah kami laporkan dalam tahun 2019. Ketika itu, KLIA mengalami gangguan sistem yang amat parah sehingga operasi KLIA lumpuh beberapa hari.



Data Penumpang Malindo Air Dan Dua Syarikat Pengangkut Sedia Dibeli Secara Haram Akibat Kebocoran

Setelah disiasat, Malindo Air mengumumkan yang ia adalah perbuatan khianat dua bekas staf daripada pihak yang mengendalikan perkhidmatan e-dagang bagi pihak Malindo Air, GoQuo (M) Sdn. Bhd.

Sekiranya anda pernah terbang dengan Malindo Air sekitar waktu itu, data anda mungkin salah satu daripada yang telah diekstrak. Malangnya, ia bukanlah salah anda sebaliknya lebih kepada syarikat itu sendiri. Walau bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan, anda boleh mula tukar kata laluan akaun Batik Miles anda dengan menekan butang Forgot Password di laman web rasmi Batik Air.

Tags: Batikbatik airkeselamatanMalindomalindo air
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Data Penumpang Malindo Air Dan Dua Syarikat Pengangkut Sedia Dibeli Secara Haram Akibat Kebocoran

Lebih 45 juta entri data sensitif Malindo Air tahun 2019 terbocor dan dimuat naik

6 September 2022
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN