• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A53 dan Galaxy A33 kini lebih menarik dengan harga baru yang lebih murah

  • OLEH Najib
  • 8:53 pm
  • 13/09/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah melancarkan Galaxy A73, Galaxy A53 dan Galaxy A33 awal tahun ini, dengan harga yang agak mengejutkan. Ia lebih mahal berbanding harga pelancaran trio Galaxy A ini tahun lepas. Kecuali Galaxy A53 yang lebih murah.

Kini, Samsung Malaysia mengumumkan penurunan harga untuk dua model daripada trio ini, Galaxy A33 dan Galaxy A53. Harga yang diturunkan kekal ini berkuatkuasa mulai 5 September 2022.



Harga rasmi baru untuk dua peranti ini adalah seperti berikut:

  • Galaxy A33 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,499 RM1,349
  • Galaxy A53 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,849 RM1,699

Harga Galaxy A73 nampaknya masih kekal RM2,099. Tetapi ia mungkin akan diturunkan harga tidak lama lagi. Pengumuman yang berbeza waktu ini, salah satu strategi untuk memastikan pengguna sentiasa menerima berita baru dan menarik tentang produk Samsung.



Tarikan utama Galaxy A33 dan Galaxy A53

Kelebihan yang terdapat pada siri Galaxy A 2022 adalah kekalisan air dan debu IP67, speaker stereo Dolby Atmos, skrin Super AMOLED HD Penuh dan kaca Corning Gorilla Glass 5 di hadapan, tetapi dengan badan dan bingkai plastik. Ia turut menyokong rangkaian 5G, dan serasi digunakan dengan rangkaian 5G DNB di Malaysia.

Selain itu, Samsung juga memanjangkan jaminan kemaskini mereka untuk ketiga-tiga model Galaxy A yang baru ini. Ia datang siap dengan sistem operasi (OS) One UI 4 berasaskan Android 12 dan dijanjikan kemaskini OS sebanyak 4 kali serta kemaskini keselamatan selama 5 tahun.

Tapi perlu diingat, Samsung tidak lagi memberikan kepala pengecas untuk ketiga-tiga telefon ini. Ia memiliki bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W, tetapi kepala pengecas perlu dibeli berasingan. Jek audio juga sudah tiada.

Spesifikasi Galaxy A33

Peningkatan paling besar dalam siri Galaxy A 2022 adalah pada Galaxy A33 5G. Ia kini ditambah ciri kalis air IP67 dan menggunakan skrin AMOLED HD Penuh 90Hz berukuran 6.4-inci. Tetapi skrin ini masih bertakuk kecil U dengan dagu skrin yang tebal.

Galaxy A33 dilengkapi cip pemproses Samsung Exynos 1280 dengan sokongan 5G. Ia dipadankan dengan RAM 8GB dan menyokong RAM Plus, ciri RAM maya yang menggunakan ruang storan sebagai ruang RAM sementara. Storan pula seluas 128GB dan boleh diluaskan dengan kad mikroSD sehingga 1TB.

Terdapat empat kamera di belakangnya, gabungan kamera utama 48MP F1.8 dengan OIS, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera potret 2MP F2.4 dan kamera makro 5MP F2.4. Kamera hadapan di dalam takuk pula adalah kamera 13MP F2.2.

Spesifikasi Galaxy A53

Seperti tidak banyak naik taraf di Galaxy A53 berbanding Galaxy A52. Antaranya kadar penyegaran skrin kini lebih tinggi 120Hz. Masih dengan skrin Super AMOLED 6.5-inci HD Penuh berlubang di dahi.

Kuasa pemproses pula digerakkan oleh cip yang sama dengan Galaxy A33 iaitu Exynos 1280. RAM pula seluas 8GB, boleh ditambah menerusi ciri RAM Plus. Storannya lebih besar, 256GB dan ada slot kad mikroSD untuk tambahan sehingga 1TB.

Galaxy A53 juga ada empat kamera belakang, tetapi berbeza dengan Galaxy A33. Kamera utamanya menggunakan sensor 64MP F1.8 OIS, kamera ultra lebar 12MP F2.2, kamera potret 5MP F2.4 dan kamera makro 5MP F2.4. Kamera hadapan juga lebih baik, 32MP F2.2 di dalam lubang skrin di atas.

Bacaan Berkaitan

  • Harga Galaxy A33, A53 dan A73 di Malaysia sangat mengejutkan
  • Trio Galaxy A 2022 kembali lebih bertenaga dengan ciri-ciri kelas flagship
  • Samsung jamin kemaskini sehingga 5 tahun untuk Galaxy A dan Galaxy Watch terpilih
Tags: Galaxy A53samsungSamsung Galaxy A53
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A53 dan Galaxy A33 kini lebih menarik dengan harga baru yang lebih murah

13 September 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER