Munurut penganalisis pasaran, Ming-Chi Kuo, sambutan terhadap tempahan awal barisan iPhone 14 adalah bercampur baur merentasi varian. Untuk iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max, sambutannya dilaporkan masing-masing baik dan sangat baik.
Tahap sambutan diukur melalui waktu jangkaan penghantaran tempahan. Untuk 14 Pro dan 14 Pro Max, dilaporkan jangkaan waktu penghantaran adalah sekitar 5 hingga 6 minggu. Untuk perspektif, waktu penghantaran lebih daripada 4 minggu adalah mencerminkan sambutan yang menggalakkan.
Berbeza pula dengan iPhone 14 dan 14 Plus. Untuk dua varian termurah ini, stoknya dilaporkan ada sejurus hari pelancaran yang menunjukkan tempahan awal tidak menyaingi stok yang ada.
Tidaklah mengejutkan kenapa dua varian termurah iPhone 14 tidak mendapat sambutan. Seperti yang kami kongsikan tempoh hari, iPhone 14 dan iPhone 14 Plus masih mengguna pakai SoC daripada keluarga iPhone 13 tapi dengan pertambahan 1 teras GPU.
Beza harga siri iPhone 12, iPhone 13, dan iPhone 14
Dengan perbezaan minimum, perbezaan harga merentasi generasi adalah sekurang-kurangnya RM300 kecuali untuk varian “mini” dan “Plus”, yang masing-masing adalah vairan baharu. Untuk iPhone 14 Plus pula, dengan tambahan RM200 sahaja pengguna boleh pergi ke iPhone 13 Pro yang tentu sekali ada sistem kamera yang nyata lebih baik, itu pun kalau mereka boleh temui set yang dijual oleh reseller kerana saluran rasmi tidak lagi menjualnya.
Untuk yang inginkan skrin kecil, mereka cuma ada iPhone 13 mini yang ada komponen lebih segar berbanding iPhone SE (2022).
Sumber: MacRumors, Ming-Chi Kuo, Pemuka