• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Jabra Elite 5 dilancar, pertama dalam sirinya yang ada ANC hibrid dan boleh tapis bunyi anda kunyah keropok lekor

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:51 am
  • 14/09/2022
  • Komen
Jabra Elite 5 dilancar, pertama dalam sirinya yang ada ANC hibrid dan boleh tapis bunyi anda kunyah keropok lekor
Share on FacebookShare on Twitter

Jabra Malaysia telah melancarkan kemas kini siri fon putik Jabra Elite mereka. Produk yang bernama Jabra Elite 5 ini hadir diperkasa SoC yang baharu dan ia memungkinkan fon putik ini dilengkapi ciri penyaring hingar hibrid aktif (Hybrid Active Noise Cancellation).

Dua warna ditawarkan iaitu Titanium Black dan Gold Biege

Berbanding Jabra Elite 3 sebelum ini, Elite 5 masih mengekalkan rupa paras terdahulu dengan naik taraf di dalamnya.



Selain cip Qualcomm QCC3050 di bahagian fon putik, bateri di bekas penyimpanannya dikatakan boleh memberikan waktu khidmat keseluruhan sehingga 36 jam, 8 jam lebih lama berbanding generasi terdahulu.

Sekiranya bekas penyimpan memiliki kapasiti bateri yang sama, kecekapan tenaga mungkin disumbang oleh cip baharu fon ini. Bekas penyimpanan boleh dicas seara berkabel ataupun wayarles.



Dengan satu isian penuh, Jabra Elite 5 boleh beroperasi selama 7 jam lamanya dengan ANC terpasang ataupun 9 jam lamanya dengan ANC tidak terpasang.

Bekas pengecas ada fungsi pengecasan wayarles selain pengecas berkabel USB-C

Berbalik kepada penyaring hingar hibrid aktif, ia merujuk kepada kemampuan fon menyaring hingar dari persekitaran dan daripada si pemakai sendiri. Contoh yang diberikan adalah bunyi mengunyah makanan daripada pemakai akan disaring disamping bunyi bising di sekeliling.

Walaupun memiliki badan yang kerdil, Jabra telah memasukkan sejumlah 6 mikrofon pada fon putik ini pada tempat-tempat yang dikaji sebagai strategik. Ia katanya cemerlang untuk berikan pengalaman audio sewaktu di dalam sesi panggilan telefon.

Pemacu bunyi fon putik Jabra Elite 5 masih kekal pada 6mm dengan kesensitifan 20Hz hingga 20,000Hz. Ciri-ciri berguna daripada generasi terdahulu tetap diwariskan kepada yang baharu seperti Spotify Tap serta memanggil pembantu maya Alex dan Google Assistant.

Bagi memudahkan pengguna menambat Elite 5 kepada gajet mereka, Jabra memasukkan fungsi Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair ke dalam unit mereka dan ia boleh bersambung kepada dua klien dalam saut masa melalui ciri Bluetooth Multipoint.

Daripada segi ketahanan, ia kalis debu dan air pada paras IP55. Sepatutnya tiada masalah untuk bawa fon putik ini bersenam di dalam hujan renyai tapi janganlah bawa pergi menyelam.

Jabra Elite 5 boleh didapati di Malaysia pada harga RM699. Buat anda yang berminat, anda boleh dapatkannya melalui pengedar sah Jabra di seluruh negara, gedung dalam talian Lazada & Shopee. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda inginkan alternatif yang lebih murah, Jabra Elite 3 boleh didapatkan pada harga kurang daripada RM400. Ia memiliki fizikaliti dan spesifikasi hampir serupa dengan Elite 5 kecuali pada bahagian penyaring hingar hibrid aktif.

Tags: audiofon putikhibrid ancJabrajabra elite 5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
Jabra Elite 5 dilancar, pertama dalam sirinya yang ada ANC hibrid dan boleh tapis bunyi anda kunyah keropok lekor

Jabra Elite 5 dilancar, pertama dalam sirinya yang ada ANC hibrid dan boleh tapis bunyi anda kunyah keropok lekor

14 September 2022
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

26 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro: Harga Malaysia kini lebih murah, ada storan 1TB dan jaminan 2 tahun

26 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER