• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KPDNHEP perkenal lesen khas perniagaan atas talian, mahu lindungi pembeli atau susahkan peniaga?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:05 pm
  • 27/09/2022
  • Komen
KPDNHEP perkenal lesen khas perniagaan atas talian, mahu lindungi pembeli atau susahkan peniaga?
Share on FacebookShare on Twitter

Anda ada pengalaman ditipu semasa membeli belah di dalam talian? Contohnya dapat barang tak sama seperti yang dipesan atau peniaga hilangkan diri selepas anda lakukan bayaran. Perkara ini memang menyakitkan hati, lebih-lebih lagi apabila kita sudah bayar jumlah yang besar untuk dapatkan sesuatu. Oleh itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mempertimbangkan lesen khas untuk perniagaan dalam talian bagi melindungi pengguna daripada penipuan (scam).

Timbalan menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata kerajaan sedang mengkaji undang-undang komprehensif untuk kawal perniagaan dalam talian selepas laporan penipuan siber mencecah paras tertinggi sepanjang masa. Menurutnya, penting untuk memastikan transaksi digital dan perniagaan dalam talian seperti di platform media sosial, laman web dan aplikasi beli-belah adalah kondusif dan selamat selain mesra pengguna.



Sementara menunggu undang-undang baharu, Rosol berkata anggota penguatkuasa akan bertindak keras terhadap penipu dalam talian dengan menggunakan sepenuhnya undang-undang sedia ada. Memetik Seksyen 2 Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, beliau berkata di bawah undang-undang itu, diwajibkan setiap perniagaan dalam talian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pesalah akan berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali.

Di bawah Akta tersebut, peniaga dalam talian mesti memaparkan nama individu/perniagaan atau syarikat, nombor pendaftaran perniagaan, e-mel, nombor telefon atau alamat perniagaan, penerangan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, harga penuh termasuk bayaran penghantaran, pengangkutan, cukai dan kos lain, terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran.



Mungkin seseorang itu jadi mangsa scam kerana terperdaya iklan dan tawaran harga luar biasa rendah, tanpa lakukan usul periksa. Jadi, diharapkan lesen yang sedang dipertimbangkan ini boleh bantu kawal masalah tersebut dan hanya benarkan individu dengan lesen sahaja yang boleh berniaga. Tidak kiralah di media sosial atau pun di aplikasi seperti Shopee, Lazada dan Tiktok.

Saya tidak pasti sejauh mana lesen khas ini akan berfungsi, tapi ada yang berniaga dalam talian sebab ia mudah dan jimat, tapi jika perlukan lesen khas, hal ini mungkin akan susahkan mereka. Lebih-lebih lagi jika lesen ini lambat diluluskan dan harganya mahal. Ia juga tentunya menyusahkan peniaga sambilan.

[Sumber: MalayMail]

Bacaan berkaitan

  • Peningkatan jenayah scam membimbangkan, BNM arah bank sekat transaksi mencurigakan & ganti SMS OTP
  • Asyik pengguna hilang duit kena SCAM, Bank juga harus pikul tanggungjawab dan beri pampasan
  • TIPS: Cara pastikan akaun bank selamat dari penjenayah siber
Tags: lesen khas perniagaan dalam talianSCAMshopping online
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
KPDNHEP perkenal lesen khas perniagaan atas talian, mahu lindungi pembeli atau susahkan peniaga?

KPDNHEP perkenal lesen khas perniagaan atas talian, mahu lindungi pembeli atau susahkan peniaga?

27 September 2022
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER