• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V25 Pro miliki RAM sehingga 20GB dan kamera swafoto autofokus

  • OLEH Najib
  • 11:26 am
  • 27/09/2022
  • Komen
Vivo V25 Pro miliki RAM sehingga 20GB dan kamera swafoto autofokus
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia kini mengumumkan ketibaan ahli ketiga dalam keluarga V25, iaitu Vivo V25 Pro. Ia diumumkan selepas Vivo V25 dan V25e dilancar di Malaysia akhir bulan lepas. Seperti namanya, ini adalah versi terbaik dalam keluarganya bersama harga yang lebih tinggi.

Antara ruang yang dipertingkat di dalam V25 Pro adalah pada bahagian kameranya, serta prestasi pemproses yang lebih baik. Apa yang dikekalkan adalah keunikan warna badannya yang boleh berubah apabila terkena pancaran cahaya UV.



Harga dan promosi jualan Vivo V25 Pro

Jika Vivo V25 dan V25e diumumkan harganya di bawah RM2,000, bagi V25 Pro ia lebih mahal. Harga rasmi untuk V25 Pro diumumkan pada:

  • Vivo V25 Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,499

Khas untuk pembeli terawal, akan turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM697 iaitu fon telinga putik Foome TWS, 1 tahun jaminan lanjutan dan 1-tahun perlindungan keretakan skrin.



Tempahan awal bersama hadiah percuma ini tersedia untuk pembeli dari 24 September sehingga 23 Oktober 2022, di semua kedai konsep Vivo, pengedar sah Vivo, E-Store Vivo Malaysia, serta kedai rasmi Vivo atas talian di PG Mall, Go Shop, TikTok Shop, Shopee dan Lazada.

Vivo V25 Pro dikategorikan sebagai telefon pintar kelas pertengahan. Tetapi dengan harga ini, ia sudah bersaing di dalam kelas flagship permulaan seperti Xiaomi 12, Samsung Galaxy S21 FE dan Realme GT 2 Pro.

Spesifikasi Vivo V25 Pro

Model terbaik dalam keluarga V25 ini memiliki kuasa daripada cip Mediatek Dimensity 1300 5G 6nm, bersama RAM LPDDR4X sebesar 12GB dan storan UFS 3.1 seluas 256GB. Ia tidak menerima kad mikroSD tetapi mempunyai keupayaan RAM maya, menambah sehingga 8GB menjadikan jumlah RAM kepada 20GB.

Seperti ahli V25 yang lain, model Pro juga memiliki badan boleh bertukar warna tetapi dalam pilihan warna biru sahaja. Ia bertukar daripada warna biru laut, kepada biru cerah seperti di langit apabila dilihat dari sudut berlainan di bawah cahaya UV. Warna hitam pula, dihiasi kilauan bak bintang di langit malam.

Skrin di hadapannya jenis AMOLED, berukuran 6.56-inci HD Penuh dan ada kadar penyegaran 120Hz. Pengimbas capjarinya dipasang di dalam skrin.

Telefon ini memiliki bateri berkapasiti 4,830mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 66W melalui USB-C, mampu mengecas dari 0-40% dalam masa 15 minit sahaja. Kepala pengecas 66W ada disertakan di dalam kotak.

Sistem tiga kamera digunakan di belakang. Ia gabungan kamera utama 64MP F1.89 OIS, kamera ultar lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Tiada kamera telefoto. Manakala kamera hadapan di dalam lubang di dahi skrin menggunakan sensor 32MP F2.45, lengkap dengan autofokus untuk swafoto yang tajam.

Sistem bunyi tidak pula dinyatakan, boleh dikatakan Vivo V25 Pro hanya ada speaker mono. Jek audio juga sudah tiada, tetapi adaptor USB-C ke 3.5mm diberikan di dalam kotak.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Vivo V25 Pro.

Bacaan Berkaitan

  • Vivo V25 miliki kamera swafoto 50MP dan kulit sesumpah dilancar di Malaysia
  • Vivo Y35, peranti mampu milik dengan RAM boleh diluaskan sehingga 16GB
  • Vivo Y77 dilancar, ada 5G dan storan luas 256GB
Tags: vivoVivo V25Vivo V25 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Vivo V25 Pro miliki RAM sehingga 20GB dan kamera swafoto autofokus

Vivo V25 Pro miliki RAM sehingga 20GB dan kamera swafoto autofokus

27 September 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN