• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Acara Xiaomi pada 4 Oktober akan perkenal peranti flagship mampu milik dengan kamera 200MP?

  • OLEH Najib
  • 1:00 pm
  • 28/09/2022
  • Komen
Acara Xiaomi pada 4 Oktober akan perkenal peranti flagship mampu milik dengan kamera 200MP?
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi kini telah mengkhabarkan menerusi media sosial mereka di beberapa negara, bahawa satu majlis pelancaran peringkat antarabangsa akan diadakan pada minggu pertama bulan Oktober. Ia membawakan tema ‘Make Moments Mega’, atau mencipta kenangan besar.

Tarikh acara ini diadakan jatuh pada hari Selasa, 4 Oktober 2022. Ia kelihatan akan diadakan secara maya, bermula pukul 8 malam waktu Malaysia di saluran rasmi Xiaomi seperti Facebook, YouTube, Twitter, TikTok dan laman web Xiaomi.



Tidak diketahui dengan jelas, apakah yang bakal dilancarkan. Tetapi beberapa media sosial Xiaomi berkongsi petunjuk tentang acara ini. Antaranya, Xiaomi Sepanyol mengatakan peranti ini boleh menangkap gambar paling stabil.

https://twitter.com/XiaomiEspana/status/1574784403716308994

Xiaomi Chile pula menggunakan teknologi Dalle 2, menyatakan majlis pelancaran akan menjadi lebih menakjubkan di dalam gelap. Xiaomi Perancis pula, berkongsikan satu lagi gambar Dalle 2, berbentuk empat segi yang sangat cerah, mirip sensor kamera.



La #IA predice que este lanzamiento global Xiaomi será aún más sorprendente en la oscuridad. ¿Qué crees que vendrá? #XiaomiLaunch #Dalle2 #StableDiffusion pic.twitter.com/F3IZkMIcee

— Xiaomi Chile (@XiaomiChile) September 27, 2022
https://twitter.com/XiaomiFrance/status/1574788753327067137

Tetapi apakah yang mungkin muncul kelak?

Cakap-cakap di alam maya, kuat mengatakan Xiaomi akan memperkenal siri Xiaomi 12T. Ia berikutan maklumat terperinci bersama gambar penuh siri Xiaomi 12T telah terbocor di internet.

Dikhabarkan, akan ada dua model dalam siri ini kelak iaitu Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro. Sudah pasti model Pro lebih menarik kerana ia bakal membawakan kamera 200MP pertama di telefon pintar. Di samping itu, kuasa Snapdragon 8+ Gen 1 akan dipakai oleh model Pro ini. Bagi Xiaomi 12T, ia bakal membawa cip MediaTek Dimensity 8100 Ultra di dalamnya. Kamera utama pula hanya 108MP.

Model T bagi Xiaomi sering membawakan harga yang jauh lebih murah daripada model flagship sebenar. Bagi siri Xiaomi 12T, ia mungkin akan mengekalkan harga yang rendah dengan menukar bingkai badan daripada aluminium kepada plastik.

Siri Xiaomi 11T telah dilancarkan pada September tahun lepas, dengan harga dari RM1,699 berkuasa Dimenstity 1200 dan dari RM2,099 dengan cip Snapdragon 888. Adakah siri Xiaomi 12T akan membawakan harga yang serupa? Nantikan makluman kami pada hari pelancarannya kelak.

[Sumber: Xiaomi]

Tags: xiaomixiaomi 12txiaomi 12t pro
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Acara Xiaomi pada 4 Oktober akan perkenal peranti flagship mampu milik dengan kamera 200MP?

Acara Xiaomi pada 4 Oktober akan perkenal peranti flagship mampu milik dengan kamera 200MP?

28 September 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER