• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

7 ciri baru carian Google tersedia secara global, boleh taip ringkas serta gabung carian gambar dan teks

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:20 pm
  • 29/09/2022
  • Komen
7 ciri baru carian Google tersedia secara global, boleh taip ringkas serta gabung carian gambar dan teks
Share on FacebookShare on Twitter

Acara tahunan Search On 22 telah pun diadakan. Ini merupakan acara Google untuk ketengahkan perkara baru dalam Search. Dalam acara yang berlangsung, Google telah kongsikan pembaharuan pada fungsi carian di aplikasinya dan juga kemaskini pada Maps.

Dengan semua perkara yang dibawakan ini, anda kelak boleh lalui pengalaman yang lebih seronok apabila lakukan carian. Tidak kiralah sama ada carian gambar atau pun lokasi, ianya akan mudah dilakukan dan hasilnya juga akan banyak membantu anda. Berikut merupakan ciri yang akan ada pada aplikasi Google dan Maps secara global.



1. Lakukan carian visual lebih mendalam di Google

Di dalam aplikasi Google, anda kelak boleh ambil gambar atau gunakan tangkapan skrin, kemudian tambahkan teks padanya untuk lakukan carian. Contohnya, anda nak tali leher tapi dengan corak seperti di baju kemeja anda. Maka, anda boleh muat naik gambar baju kemeja itu di Google Lens, kemudian tulis mahukan tali lahir seperti corak itu. Ia hampir sama seperti anda tanya atau cari sesuatu diluar Internet. Ciri Multisearch ini tersedia dalam bahasa Inggeris di seluruh dunia dan akan tampilkan lebih 70 bahasa dalam beberapa bulan akan datang.

2. Imej yang diterjemah tampil lebih semula jadi

Kebiasaannya, apabila kita terjemah teks pada imej, akan ada latar belakang berwarna pada teks itu dan ia membuatkan imej nampak tidak asli. Tapi pada hujung tahun ini, Google akan gabungkan teks yang diterjemah ke dalam imej yang kompleks. Ini akan menghasilkan gambar itu seperti semula jadi.



3. Pintasan alat berguna di halaman utama APP Google

Bermula hari ini di Amerika Syarikat, Google akan letakkan beberapa alatan mereka yang berguna pada halaman utama APP. Ciri ini akan diperkenalkan kepada ramai bermula di aplikasi Google untuk iOS di AS. Dengan ciri ini, anda akan lihat pintasan (shortcuts) betul-betul di bawah bar carian. Ada tab untuk terjemah teks menggunakan kamera, mengenal pasti lagu dan banyak lagi.

4. Cari sesuatu dengan mudah di Google tanpa perlu tulis panjang

Dalam beberapa bulan akan datang, Google akan lancarkan cara yang lebih pantas untuk pengguna cari perkara yang diperlukan. Apabila anda mula menaip soalan di kotak carian, Google akan terus tawarkan kandungan yang berkaitan sebelum anda selesai menaip. Pilihan kata kunci atau topik akan diberikan untuk bantu anda mencipta soalan anda atau lakukan carian.

5. Bantu anda teroka lebih dengan visual

Google akan memudahkan anda ketahui lebih lanjut tentang sesuatu subjek dengan mengetengahkan maklumat paling relevan, termasuklah kandungan daripada pencipta di web. Untuk topik seperti bandar, anda akan dipaparkan dengan visual dan video pendek daripada orang yang pernah ke bandar itu, petua tentang cara lawatinya, perkara yang perlu dilakukan, bagaimana untuk ke sana dan perkara lain yang perlu anda tahu mengenainya.

6. Neighborhood vibe, bantu lihat visual lokasi popular di Maps

Apabila anda melawat tempat baru, mungkin susah untuk anda tahu apa yang patut diterokai, apa yang terbaru dan dimana terletaknya tarikan tersembunyi. Tidak lama lagi, dengan ciri neighborhood vibe, anda boleh pilih sesebuah kawasan dan lihat tempat-tempat paling popular di sana. Lokasi yang anda cari itu akan dihidupkan dengan gambar disertakan maklumat berguna, terus dari peta.

Ciri ini akan dilancarkan secara global pada pengguna Android dan iOS dalam beberapa bulan akan datang.

7. Guna Maps lihat pemandangan udara mercu tanda

Selain itu, tidak lama lagi, anda juga boleh lihat lebih daripada 250 pemandangan udara fotorealistik untuk mercu tanda global. Ia merangkumi segala-galanya daripada Menara Tokyo ke Acropolis. Ciri ini dilancarkan secara global pada 28 September.

Tags: Googlegoogle searchGoogle Search On
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

7 ciri baru carian Google tersedia secara global, boleh taip ringkas serta gabung carian gambar dan teks

7 ciri baru carian Google tersedia secara global, boleh taip ringkas serta gabung carian gambar dan teks

29 September 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER