• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KPDNHEP siasat harga tak masuk akal TNG NFC, puncanya daripada pekerja stesen minyak sendiri

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:13 pm
  • 29/09/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Kad Enhanced Touch ‘n Go (TNG NFC) kini adalah satu barang yang panas. Di sana sini kemarau stok untuk dapatkannya. Lebih parah, stok sebenarnya ada tapi bukan melalui saluran rasmi. Kad tersebut yang harganya cuma RM10 kini dijual berleluasa secara dalam talian oleh pihak ketiga pada harga tak masuk akal.

Rentetan daripada aduan ramai, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah lakukan siasatan. Sebanyak 13 iklan penjualan kad TNG NFC telah diselidik yang melibatkan beberapa platform dalam talian terkenal.



Berdasarkan dapatan awal siasatan, berlaku pelibatan pekerja kaunter di stesen minyak. Pihak KPDNHEP mendapati pekerja itu membeli kad tersebut pada harga asal dan menjualnya semula pada harga lebih tinggi secara dalam talian. Disebabkan dia memiliki akses langsung dengan stok kad TNG NFC, makanya tiada masalah untuknya mendapatkannya pada bila-bila masa.

Selain itu, sebanyak 11 premis yang terdiri daripada premis kediaman dan premis perniagaan telah diperiksa. Sebanyak 6 notis telah dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang mengkehendakkan semua yang terlibat menjelaskan tentang kenapa harga TNG NFC lebih tinggi daripada biasa.



KPDNHEP juga akan mengadakan pertemuan dengan syarikat TNG bagi mendalami isu tersebut terutamanya tentang bagaimanakah pengedaran kad dilakukan.

Sumber: Bernama

Tags: enhanced tngKPDNHEPtngtng nfcTouch n GoTouch n Go NFC
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

KPDNHEP siasat harga tak masuk akal TNG NFC, puncanya daripada pekerja stesen minyak sendiri

29 September 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN