• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

TNG RFID NFC: Awas, jangan terkeliru untuk elak dicaj penalti maksimum! | DWIBAHASA

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:13 am
  • 29/09/2022
  • Komen
TNG RFID NFC: Awas, jangan terkeliru untuk elak dicaj penalti maksimum! | DWIBAHASA
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam entri video Dwibahasa kali ini, saya dan Rory keluar mencari kebenaran tentang aduan yang kami banyak nampak di medsos sejak kebelakangan ini berkenaan Touch n Go khususnya RFID.

#1 Betulkah ada sela masa tambah nilai RFID?

Rakan kami Najib, dia bercerita tentang pernah tersangkut di Plaza Tol Batu Lebuhraya DUKE walaupun baki eWallet miliknya mencukupi. Dia syak yang ada sela masa antara tambah nilai eWallet dengan bilakah ia boleh digunakan di lorong RFID.



Ada beberapa ujian kami lakukan. Ujian pertama adalah kosongkan eWallet dan tambah nilai semula dan lalu plaza tol. Kemudian, kami kosongkan eWallet dan lalu plaza tol dan yang terakhir kami tambah nilai eWallet dan lalu.

Kami dapati tiada sela masa seperti yang didakwa. Mungkin Najib cuma tidak bernasib baik pada hari itu?



#2 Betulkah ada kesan bila sentuh kad TNG sisi berbeza?

Terdapat perkongsian daripada seorang pengguna Facebook tentang terdapat perbezaan bahagian manakah yang anda sentuh pada pembaca kad TNG. Katanya, satu bahagian akan menolak baki kad TNG manakala satu lagi akan menolak baki eWallet.

Sekali lagi, kami gagal untuk mereka semula insiden tersebut.

#3 Tentang caj penalti

Kami tidak melakukan ujian untuk caj penalti, tapi lebih kepada satu peringatan. Pertama sekali, anda perlu tahu tentang perbezaan Closed System dengan Open System pada jaringan lebuh raya Malaysia.

Apabila menggunakan laluan Closed System (masuk tak perlu bayar tapi bayar sewaktu keluar), anda perlu gunakan kaedah pembayaran yang sama di kedua-dua lokasi. Caj maksimum ataupun penalti dikenakan kerana sistem tidak tahu di pintu masuk mana anda lalui.

#4 Matikan fungsi PayDirect kad TNG anda

Ini adalah fungsi baharu yang diperkenalkan oleh TNG eWallet. Ia membolehkan anda mematikan fungsi PayDirect dan hanya menggunakan baki kad untuk pembayaran dan bukannya baki eWallet.

Ini cara untuk matikan fungsi PayDirect pada kad TnG supaya baki eWallet anda tak digunakan di plaza tol

Tags: PayDirecttngtng ewalletTouch n GoTouch n Go NFC
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

TNG RFID NFC: Awas, jangan terkeliru untuk elak dicaj penalti maksimum! | DWIBAHASA

TNG RFID NFC: Awas, jangan terkeliru untuk elak dicaj penalti maksimum! | DWIBAHASA

29 September 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER