• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Render Galaxy S23 Ultra tersebar, macam tiada beza dengan Galaxy S22 Ultra

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:23 pm
  • 30/09/2022
  • Komen
Render Galaxy S23 Ultra tersebar, macam tiada beza dengan Galaxy S22 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Imej yang dipercayai render kepada Samsung Galaxy S23 Ultra telah tular di Internet. Berdasarkan sumber, kita boleh melihat bahagian depan dan belakang telefon itu dengan jelas. Daripada segi rekaan, S23 Ultra adalah mirip S22 Ultra sekarang dengan beberapa perincian kecil yang berubah.

Contohnya di bahagian komponen kamera belakang, anda boleh lihat dua kamera sokongan yang pada S22 Ultra sedikit terbonjol keluar, sudah menjadi rata pada S23 Ultra. Ia mungkin mencadangkan yang ketebalan telefon sudah meningkat ataupun Samsung berjaya mengecilkan saiz komponen. Sekiranya ketebalan telefon sudah meningkat, kitab oleh jangkakan yang bonjolan kamera-kamera utama juga akan ditohorkan pengeluarnya.



Lagi bahagian yang katanya berubah adalah bingkai paparan. S23 Ultra katanya akan memiliki saiz bingkai paling kecil dalam kalangan Galaxy S setakat ini. Walaupun saiz paparan katanya masih sama, Samsung mungkin akan menambah baik spesifikasi panel pada segi tahap kecerahan, kejituan warna, dan julat kedinamikan (HDR).

Badan Galaxy S23 Ultra juga dilaporkan lebih petak berbandung tius pada Galaxy S22 Ultra. Dengan isipadu yang bertambah, adakah Samsung akan menambah kapasiti bateri S23 Ultra? Daripada imej render juga kita mengetahui yang kedudukan butang fizikal, lubang S Pen, dan jeriji speaker masih di tempat yang asal.



Tarikh pelancaran Snapdragon 8 Gen 2 mungkin dalam bulan November 2022

Info spesifikasi dalaman S23 Ultra masih lagi tandus. Kita boleh jangkakan ia diperkasa Snapdragon 8 Gen 2, cip yang bakal dilancarkan dalam bulan November 2022 nanti. Kemudian, kita juga mungkin melihat telefon ini mendukung kamera utama 200MP, ISOCELL HP3.

Samsung umum sensor kamera 200MP terkecil dalam industri, ISOCELL HP3

Maklumat ini mungkin akan berubah daripada masa ke masa. Sekiranya Galaxy S23 Ultra dilancarkan sekitar waktu Galaxy S22 Ultra, masih ada lebih 3 bulan untuk Samsung melakukan perubahan. Sebagai perbandingan, Galaxy S22 Ultra diumumkan kepada pengguna global pada 9 Februari 2022.

Sumber: Smart Prix

Tags: androidsamsungSamsung Galaxy S22 Ultrasamsung galaxy s23 ultratelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Render Galaxy S23 Ultra tersebar, macam tiada beza dengan Galaxy S22 Ultra

Render Galaxy S23 Ultra tersebar, macam tiada beza dengan Galaxy S22 Ultra

30 September 2022
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN