• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iOS 16 ada letakkan had jumlah Wallpaper yang boleh dihasilkan di iPhone?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:58 pm
  • 04/10/2022
  • Komen
iOS 16 ada letakkan had jumlah Wallpaper yang boleh dihasilkan di iPhone?
Share on FacebookShare on Twitter

Antara ciri menarik pada iOS 16 ialah pengguna boleh cipta Wallpaper lebih peribadi di iPhone dengan menggunakan pelbagai pilihan disediakan. Anda juga boleh sediakan banyak kunci skrin yang berbeza sekaligus, jadi dapatlah pilih dan tukarnya selalu mengikut mood.

Setakat ini saya cuma sempat sediakan 6 rekaan wallpaper sahaja untuk diganti pada kunci skrin. Tapi, jika anda memang seorang yang rajin hasilkan wallpaper, anda perlu tahu bahawa iOS 16 ada tetapkan had untuk jumlah wallpaper yang boleh disediakan pada satu-satu masa.



Melalui Reddit, seorang pengguna mendedahkan bahawa terdapat had 200 rekaan wallpaper sahaja yang boleh disediakan di iOS 16. Selepas mencapai had itu, sistem akan menggesa pengguna untuk padamkan salah satu wallpaper yang ada sebelum mencipta yang baru. Sebenarnya, 50 rekaan wallpaper pun tiada masa untuk saya sediakan, tapi perkara ini perlu anda tahu kalau anda selalu luangkan masa untuk hasilkannya.

Ada banyak rekaan wallpaper pun menyusahkan sebenarnya, apatah lagi 200 buah, sebab susah untuk pengguna swipe ke kiri kanan cari rekaan yang dah disediakan. Tambahan lagi, buat masa ini iOS 16 belum lagi sediakan cara mudah untuk cari atau pergi ke wallpaper terawal dan terakhir.



Tapi, melalui iOS 16.1 yang kini tersedia sebagai beta untuk pembangun, Apple telah perkenalkan cara lain untuk membenarkan pengguna tukar wallpaper melalui tetapan. Kemas kini juga akan memudahkan anda untuk sesuaikan pilihan wallpaper untuk kunci skrin iPhone.

Sebenarnya, had wallpaper ini bukanlah satu-satunya kekurangan pada kunci skrin di iOS 16, tapi pengguna juga tak boleh ubah kedudukan widget yang ada sesuka hati. Malah, pintasan lampu suluh dan kamera di bahagian bawah skrin juga tak boleh digantikan dengan sesuatu yang lain.

[Sumber: 9TO5Mac]

Bacaan kaitan

  • TIPS iOS 16: Cara tambah Widgets di lockscreen & tukar Wallpaper lebih cun di iPhone
  • TIPS iOS 16: Cara yang sangat mudah untuk kongsi beberapa link internet sekaligus
  • TIPS iOS 16: Inilah satu-satunya cara untuk salin & tampal teks dari video di iPhone
  • TIPS iOS 16: Ini cara terpaling pantas untuk hasilkan WhatsApp sticker
  • TIPS iOS 16: Cara padam mesej di iPhone tanpa dikesan
Tags: appleiOS 16iphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

iOS 16 ada letakkan had jumlah Wallpaper yang boleh dihasilkan di iPhone?

iOS 16 ada letakkan had jumlah Wallpaper yang boleh dihasilkan di iPhone?

4 October 2022
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN