• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:31 pm
  • 04/10/2022
  • Komen
Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya peminat Xiaomi di Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui harga rasmi dan tarikh jualan siri Xiaomi 12T di Malaysia. Ini kerana Xiaomi Malaysia telah berkongsi maklumat tersebut, sejurus pelancarannya di pentas antarabangsa.

Bagaimanapun, diharap peminat tidak terperanjat melihat harganya kerana seperti dijangka, siri Xiaomi 12T jauh lebih mahal berbanding harga pelancaran siri Xiaomi 11T tahun lepas.



Harga rasmi siri Xiaomi 12T

Dengan kenaikan harga EUR100 di Eropah, harga siri Xiaomi 12T di Malaysia turut meningkat sekitar RM500 menjadi:

  • Xiaomi 12T (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,999
  • Xiaomi 12T Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,699
  • Xiaomi 12T Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,999

Kali ini, hanya satu varian Xiaomi 12T dijual di Malaysia. Manakala varian Pro kekal dua, dengan storan serupa tetapi berbeza kapasiti RAM. Kedua-dua model ini dijual dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, perak dan biru.



Untuk perbandingan, harga siri Xiaomi 12 yang lebih hebat perkasa adalah:

  • Xiaomi 12 (RAM 8GB + storan 128GB) – RM2,899
  • Xiaomi 12 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,999
  • Xiaomi 12 Pro (RAM 12GB + storan 256GB) – RM3,899

Promosi tempahan awal siri Xiaomi 12T

Siri terbaru Xiaomi 12T akan mula dijual di Malaysia pada 13 Oktober 2022. Tetapi Xiaomi Malaysia membuka tempahan awal, menyediakan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,236 kepada pembeli.

Tempoh tempahan awal dibuka dari 4 hingga 12 Oktober 2022. Mereka yang berminat, boleh membuat tempahan awal di Xiaomi Store serta pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia. Ia turut boleh ditempah dalam talian di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Hadiah percuma yang diberikan berbeza mengikut lokasi tempahan, iaitu:

  • Xiaomi 12T (8+256GB) – PERCUMA Redmi Buds 3 Pro (bernilai RM239) [Lazada, Shopee, Xiaomi Store]
  • Xiaomi 12T Pro (8+256GB) – PERCUMA Xiaomi Smart Band 7 Pro + Redmi Buds 3 Pro (bernilai RM538) [Xiaomi Store]
  • Xiaomi 12T Pro (8+256GB) – PERCUMA Mi Watch (bernilai RM469) [Lazada, Shopee]
  • Xiaomi 12T Pro (12+256GB) – PERCUMA Xiaomi Smart Band 7 Pro + Redmi Buds 3 Pro (bernilai RM538) [Xiaomi Store]
  • Xiaomi 12T Pro (12+256GB) – PERCUMA Mi Watch (bernilai RM469) [Lazada, Shopee]

Di samping itu, Xiaomi turut mengumumkan jaminan selama 2 tahun untuk pembelian siri Xiaomi 12T, serta satu kali penggantian skrin percuma dalam tempoh 6 bulan selepas pembelian. Xiaomi juga menjanjikan kemaskini OS sebanyak 3 kali dan kemaskini keselamatan selama 4 tahun bagi siri Xiaomi 12T.

Siri Xiaomi 12T baru sahaja diumumkan di pentas antarabangsa. Antara perkara baharu di Xiaomi 12T Pro adalah kuasa Snapdragon 8+ Gen 1 4nm, kamera utama 200MP ProCut ProFocus dan skrin CrystalRes AMOLED 120hz. Bateri masih 5,000mAh dan pengecas berkuasa 120W.

Di Xiaomi 12T pula, ia menggunakan cip Dimensitu 8100-Ultra 5nm, kamera utama 108MP OIS serta skrin CrystalRes AMOLED 120Hz tanpa Dolby Vision. Bateri juga 5,000mAh dan pengecas dipertingkat ke 120W.

Untuk mengenali siri Xiaomi 12T dengan lebih lanjut, rujuk kepada artikel pengumuman kami di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Xiaomi 12T tiba dengan Snapdragon 8+ Gen 1, Dimensity 8100-Ultra dan resolusi kamera telefon tertinggi di dunia
  • Xiaomi 12 dan 12 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Xiaomi 11T & Xiaomi 11T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Harga rasmi siri Xiaomi 11T diturunkan, lebih murah RM200 dari sebelumnya
Tags: xiaomixiaomi 12txiaomi 12t pro
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

4 October 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN