• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PLUS jangka lebuhraya akan sesak pada cuti Maulidur Rasul, ikut langkah ini untuk mengelaknya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:55 pm
  • 06/10/2022
  • Komen
TIPS: 5 perkara boleh anda buat elak kesesakan jalan raya
Share on FacebookShare on Twitter

Nak keluar bercuti jauh hujung minggu ini? Sempena cuti sambutan Maulidur Rasul yang akan datang, tentunya ramai pengguna lebuh raya akan ambil kesempatan untuk cuti selama 3 hari berterusan pada cuti hujung minggu. Anda perlu tahu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) juga menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan gunakan lebuh raya kendaliannya setiap hari bermula Jumaat ini sehingga Isnin berikutan cuti umum itu. Jumlah ini merupakan lonjakan daripada 1.7 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.

Oleh itu, Plus menggesa semua pengguna lebuhraya untuk rancang perjalanan dengan baik bagi hadapi kemungkinan berlakunya kesesakan dan tempoh perjalanan yang panjang. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk elak kesesakan adalah:



  1. Muat turun aplikasi PLUS di Play Store atau App Store, kemudian rancang perjalanan dan dapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya menggunakannya
  2. Top-up awal kad Touch ‘n Go anda serta pastikan baki dalam e-wallet mencukupi bagi yang menggunakan RFID.

Sebagai alternatif, anda juga boleh ikuti laporan trafik menerusi:

  1. Twitter Plustrafik
  2. Talian PLUSLine 1800-88-0000
  3. Chatbot PUTRI
  4. Papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih.
  5. Aplikasi seperti Waze atau Google Maps untuk dapatkan laluan perjalanan yang lebih baik

Langkah bantu elak kesesakan jalan raya

Tersekat dalam kesesakan lebuhraya adalah perkara yang sangat memenatkan, maka anda boleh gunakan 5 tips ini untuk elak kesesakan jalan raya:



  1. Elakkan memandu pada masa puncak
  2. Semak laluan alternatif di peta & guna GPS
  3. Ikuti perkembangan lalu lintas seperti peka dengan pertukaran lampu isyarat
  4. Guna motor atau pengangkutan awam
  5. Dengar status dan keadaan trafik di radio

Jadi, anda bukan sahaja dapat tiba ke destinasi dengan cepat, malah anda juga tak perlu membuang masa yang lama di atas jalanraya. Tapi, sekiranya anda masih juga perlu lalu jalan yang sesak, pastikan anda ikut 5 tips pemanduan ini supaya selamat tiba ke destinasi:

  1. Pandu dengan tenang, elak memandu secara agresif contohnya kerap bertukar lorong
  2. Kekalkan jarak selamat dengan sekurang-kurangnya dua saat dengan kenderaan di hadapan
  3. Kekal fokus semasa memandu. Elak lakukan perkara yang boleh ganggu tumpuan seperti makan, tukar stesen radio atau gunakan telefon
  4. Kenalpasti titik buta sebelum tukar lorong
  5. Semak aplikasi peta pada telefon contohnya Google Maps atau Waze untuk elak dari memandu di kawasan sesak

[Sumber: Plus]

Bacaan berkaitan

  • TIPS: 5 perkara boleh anda buat elak kesesakan jalan raya
  • TIPS: Cara pandu dengan selamat dalam jalan yang sesak
  • TIPS: 6 cara memandu dengan tenang & selamat ketika hujan lebat
Tags: plus
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 5 perkara boleh anda buat elak kesesakan jalan raya

PLUS jangka lebuhraya akan sesak pada cuti Maulidur Rasul, ikut langkah ini untuk mengelaknya

6 October 2022
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN