• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Watch Ultra, Watch Series 8 dan Watch SE dijual di Malaysia mulai hari ini

  • OLEH Najib
  • 7:45 pm
  • 07/10/2022
  • Komen
Apple Watch Ultra, Watch Series 8 dan Watch SE dijual di Malaysia mulai hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Selain menjual iPhone 14 Plus di Malaysia mulai hari ini, Apple Malaysia turut mula menjual beberapa lagi produk yang baru mereka lancarkan. Antaranya adalah jam pintar Apple Watch Series 8, Apple Watch SE 2022 dan Apple Watch Ultra.

Ketiga-tiga model baru jam pintar Apple ini dilancarkan di pentas yang sama dengan pengumuman siri iPhone 14. Tetapi jualannya di Malaysia lewat 2 minggu berbanding iPhone 14 dan iPhone 14 Pro.



Harga jualan Apple Watch 8, Watch SE dan Watch Ultra

Terdapat beberapa varian untuk jam pintar Apple ini, antaranya perbezaan saiz muka jam dan bahan buatan badan jam. Bagi Watch Ultra, ia hanya ada satu varian tetapi boleh dipilih jenis tali jam.

Berikut adalah harga semua jam pintar baru Apple di Malaysia:



  • Apple Watch Ultra 49mm – RM3,799
  • Apple Watch Series 8 41mm aluminium – RM1,899
  • Apple Watch Series 8 41mm aluminium + cellular – RM2,299
  • Apple Watch Series 8 45mm aluminium + RM1,999
  • Apple Watch Series 8 45mm aluminium + cellular – RM2,399
  • Apple Watch Series 8 41mm stainless steel + cellular – RM3,299
  • Apple Watch Series 8 45mm stainless steel + cellular – RM3,499
  • Apple Watch SE 40mm – RM1,199
  • Apple Watch SE 40mm cellular – RM1,399
  • Apple Watch SE 44mm – RM1,299
  • Apple Watch SE 44mm cellular – RM1,499

Semua jam pintar Apple ini dijual di Malaysia mulai hari ini, 7 Oktober 2022. Anda boleh mendapatkannya dari Stor Online Apple Malaysia, serta daripada pengedar sah Apple di Lazada dan Shopee seperti TMT, Switch, ITWorld, Machines dan SenQ.

Jika anda menempah sebuah daripada Stor Online Apple Malaysia, penghantaran Apple Watch Ultra akan mengambil masa sekitar 3-4 minggu, manakala Watch 8 dan Watch SE pula hanya 1 hari bekerja.

Apa yang baru di Apple Watch 8, Watch SE dan Watch Ultra?

Tarikan utama dalam pelancaran jam pintar Apple terbaru adalah Apple Watch Ultra. Ia merupakan model serba baharu dengan muka jam sangat besar 49mm dan dibina daripada titanium gred aeroangkasa, serta kaca nilam sangat tahan lasak di hadapan.

Jam ini ada kecerahan skrin setinggi iPhone 14 Pro iaitu 2,000 nits. Ia juga diiklankan sebagai jam untuk menyelam, mampu pergi sedalam 100 meter dan tahan suhu antara -20 celcius sehingga 55 celcius.

Untuk tali jam, ia ditawarkan antara Trail Loop, Alpine Loop dengan pengetat cangkuk-G titanium dan Ocean Band bersama kepala titanium. Hayat bateri pula dikatakan mampu bertahan sehingga 36 jam untuk penggunaan biasa, dan sehingga 60 jam dalam mod jimat tenaga.

Apple turut melengkapinya dengan sensor pengesan kemalangan yang boleh menghubungi pihak penyelamat dan kenalan jika berlaku perkara yang tidak diingini. Sistem GPS dwi-frekuensi juga dipasang untuk menjadikan pengesanan lokasi dengan lebih tepat.

Apple Watch Series 8 pula peningkatan daripada series 7 tahun lepas. Dengan pilihan muka jam 41mm atau 45mm, naik taraf padanya adalah cip S8 baharu serta sensor pengesan kemalangan. Ia juga ditambah sensor pengesan suhu kulit untuk memberi bacaan kesihatan badan, serta membantu mengesan kitaran haid untuk wanita.

Apple Watch SE adalah jam pintar termurah dengan muka jam lebih kecil, antara 40mm dan 44mm. Ia dinaik taraf daripada model pertama Watch SE dengan cip S8 baru. Antara kekurangannya berbanding Series 8 adalah tiada skrin sentiasa hidup (AOD), sensor suhu dan tahap oksigen dalam darah, serta tiada sensor elektrik jantung.

Bacaan Berkaitan

  • iPhone 14 Plus lebih besar mula dijual di Malaysia, ketahui harga dan tempat untuk membelinya
  • Harga iPhone 14 di Malaysia diumum lebih mahal, naik sehingga RM700 berbanding iPhone 13
  • iPhone 14 Pro & 14 Pro Max: tiada lagi takuk, kuasa A16 Bionic dan kamera 48MP
  • iPhone 14 & 14 Plus: masih guna cip lama, ditambah pengesan kemalangan dan SOS satelit
Tags: appleapple watchApple Watch 8Apple Watch SEApple Watch Series 8apple watch ultra
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Apple Watch Ultra, Watch Series 8 dan Watch SE dijual di Malaysia mulai hari ini

Apple Watch Ultra, Watch Series 8 dan Watch SE dijual di Malaysia mulai hari ini

7 October 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER