• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 14 Plus lebih besar mula dijual di Malaysia, ketahui harga dan tempat untuk membelinya

  • OLEH Najib
  • 12:02 pm
  • 07/10/2022
  • Komen
iPhone 14 Plus lebih besar mula dijual di Malaysia, ketahui harga dan tempat untuk membelinya
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah melancarkan siri iPhone 14 dan menggantikan model mini kepada Plus. Tiga model iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max telah dibuka jualan di Malaysia beberapa minggu lepas. Hari ini, Apple Malaysia mengumumkan permulaan jualan iPhone 14 Plus serba baharu.

Harga iPhone 14 Plus di Malaysia

Jika dahulu model mini adalah versi lebih kecil daripada model biasa, iPhone 14 Plus adalah versi lebih besar dan sama besar dengan model Pro Max. Ini juga menjadikannya lebih mahal berbanding iPhone 14 biasa.



Harga rasmi iPhone 14 Plus di Malaysia adalah seperti berikut:

  • iPhone 14 Plus 128GB – RM4,699
  • iPhone 14 Plus 256GB – RM5,199
  • iPhone 14 Plus 512GB – RM6,199

Apple menawarkan lima pilihan warna untuk iPhone 14 Plus iaitu biru, ungu, hitam, putih dan merah.



Di mana iPhone 14 Plus dijual di Malaysia?

Kepada mereka yang lebih berminat membeli atas talian, iPhone 14 Plus boleh didapati daripada Stor Online Apple Malaysia serta Stor Rasmi Apple di Lazada dan Shopee. Selain itu, ia juga dijual oleh pengedar sah Apple seperti Machines, ITWorld, Switch, TMT dan SenQ.

Untuk pengguna pascabayar dan tidak kisah terikat kontrak selama 24-bulan atau 36-bulan, boleh mendapatkannya daripada syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.

Apa yang menarik di iPhone 14 Plus?

Sama seperti konsep di siri iPhone 6, 7 dan 8 yang lama, iPhone 14 Plus hanyalah versi lebih besar daripada iPhone 14. Semua spesifikasinya adalah sama seperti skrin Super Retina XDR OLED tetapi saiz lebih besar 6.7-inci dan masih tiada ProMotion 120hz. Ia juga hadir dengan dwi-kamera belakang, 12MP utama dan 12MP ultra lebar. Kamera hadapan juga 12MP, kini dengan ciri autofokus.

Selain itu, iPhone 14 Plus diiktiraf kalis air dan debu IP68, ada speaker stereo, WiFi 6, menyokong 5G (bergantung kepada telco), dan pengecas wayarles MagSafe serta Qi Wireless. Perlu diingatkan, kepala pengecas tidak lagi diberikan di dalam kotak tetapi kabel USB-C ke Lightning ada diberikan. Ia menyokong pengecasan pantas USB-PD 20W.

Apple menyatakan, hayat bateri iPhone 14 Plus mampu memainkan video sehingga 26 jam, iaitu 6 jam lebih lama berbanding iPhone 14. Tetapi ia kurang 3 jam daripada iPhone 14 Pro Max. Ketahui lebih banyak tentang iPhone 14 Plus dalam artikel pengumuman kami di sini.

Harga iPhone 14 Plus sangat mahal berbanding pelancaran iPhone sebelum ini kerana Harga iPhone 14 di Malaysia diumum lebih mahal, naik sehingga RM700 berbanding iPhone 13 berbanding Dolar US. Kerana itu jika anda bernasib baik, anda boleh dapatkan iPhone 13 Pro Max pada harga sangat hampir. Beberapa minggu lepas, ada penjual sah Apple menjual iPhone 13 Pro Max 128GB pada harga RM4,849 iaitu hanya RM150 lebih mahal daripada iPhone 14 Plus 128GB. Selain menggunakan cip yang sama, iPhone 13 Pro Max ada skrin jauh lebih baik, kamera telefoto serta badan lebih tahan lasak.

Bacaan Berkaitan

  • Harga iPhone 14 di Malaysia diumum lebih mahal, naik sehingga RM700 berbanding iPhone 13
  • iPhone 14 Pro & 14 Pro Max: tiada lagi takuk, kuasa A16 Bionic dan kamera 48MP
  • iPhone 14 & 14 Plus: masih guna cip lama, ditambah pengesan kemalangan dan SOS satelit
Tags: appleapple iphone 14iphoneiphone 14iPhone 14 Plus
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
iPhone 14 Plus lebih besar mula dijual di Malaysia, ketahui harga dan tempat untuk membelinya

iPhone 14 Plus lebih besar mula dijual di Malaysia, ketahui harga dan tempat untuk membelinya

7 Oktober 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER