• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Uncategorized

T20 boleh cas kereta elektrik mereka di Starbucks secara PERCUMA, ini lokasinya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:52 pm
  • 18/10/2022
  • Komen
T20 boleh cas kereta elektrik mereka di Starbucks secara PERCUMA, ini lokasinya
Share on FacebookShare on Twitter

Starbucks Malaysia dan ChargeEV hari ini mengumumkan kerjasama untuk menyediakan kemudahan mengecas kereta elektrik (EV) di 17 lokasi Starbucks terpilih di seluruh negara. Dalam tempoh promosi, pengecasan ditawarkan secara percuma menurut ChargeEV.

Jadi, bolehlah anda menghirup kopi, lepak sembang prospek perniagaan sambil mengecas EV anda.



Berdasarkan utusan di media sosial, lokasi pertama kemudahan pengecasan EV yang disediakan Starbucks adalah di outlet Puncak Alam mereka yang terletak di Eco Grandeur. Berikut adalah lokasi-lokasi stesen pengecas Starbucks:

  • Starbucks Kota Kemuning Drive-Thru (DC chargers)
  • Starbucks Reserve Setia Alam (DC chargers)
  • Starbucks Ukay Perdana Drive-Thru (DC chargers)
  • Starbucks Eco Gradeur Drive-Thru (DC chargers)
  • Starbucks Conezion Putrajaya Drive-Thru
  • Starbucks Rimbayu Drive-Thru
  • Starbucks Jade Hill Drive-Thru
  • Starbucks Reserve Eco Majestic Drive-Thru
  • Starbucks Eco Horizon Drive-Thru
  • Starbucks Icon City Drive-Thru
  • Starbucks Hillside Drive-Thru
  • Starbucks Juru (R&R) Drive-Thru
  • Starbucks Tanjong Tokong Drive-Thru
  • Starbucks Malim Jaya Drive-Thru
  • Starbucks Bandar Seri Alam Drive-Thru
  • Starbucks Seri Austin Drive-Thru
  • Starbucks Skudai (R&R) Drive-Thru

Daripada media yang dikongsikan, kelihatan kemudahan mengecas yang disediakan adalah daripada jenis DC. Berdasarkan pengalaman kami, kemudahan ini boleh mengecas EV sehingga 80% dalam tempoh 30 hingga 60 minit bergantung kepada jenis EV.



Tidak pastilah sama ada suratan ataupun kebetulan, rakan kami Rory pernah mengutarakan cadangan ini dalam salah satu Podcast kami.Walau apapun, ia adalah satu perkembangan yang baik dalam landskap EV Malaysia. Tahniah!

Tags: chargevEVstarbuck
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
T20 boleh cas kereta elektrik mereka di Starbucks secara PERCUMA, ini lokasinya

T20 boleh cas kereta elektrik mereka di Starbucks secara PERCUMA, ini lokasinya

18 Oktober 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER