• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Ear (Stick) dilancar tanpa ANC dan akan dijual di Malaysia minggu ini

  • OLEH Najib
  • 11:54 pm
  • 26/10/2022
  • Komen
Nothing Ear (Stick) dilancar tanpa ANC dan akan dijual di Malaysia minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing malam ini telah memperkenal produk ketiga keluaran mereka, fon putik Nothing Ear (Stick). Rekaan fon putik ini agak serupa dengan Ear (1), tetapi bekas penyimpannya dicipta ramping dan nipis.

Walaupun lebih baru, Nothing Ear (Stick) adalah produk di kelas lebih bawa berbanding Ear (1). Ia ketiadaan banyak fungsi yang terdapat di Ear (1). Salah satunya dan paling penting, tiada penyaring hingar aktif (ANC).



Harga dan tarikh jualan Nothing Ear (Stick)

Sama seperti Nothing Phone (1) dahulu, Malaysia termasuk dalam gelombang pertama jualan Nothing Ear (Stick). Malah, jualan awal ini akan dikendalikan oleh Crossover, sebuah butik fesyen. Ia selari dengan hasrat Nothing untuk menjadikan produk mereka ikon fesyen teknologi.

Kepada yang berminat, Crossover akan mula menjual Nothing Ear (Stick) dalam kuantiti terhad pada 28 Oktober 2022. Selepas itu, ia akan terdapat di kedai jualan lain mulai 4 November 2022.



Harga rasmi Nothing Ear (Stick) di Malaysia telah ditetapkan pada RM469. Ia RM30 lebih murah berbanding Nothing Ear (1) ketika dilancarkan tahun lepas. Tetapi harga ini sangat mahal untuk fon putik yang tiada ANC.

Adakah lebih baik beli Ear (1) kerana harga agak serupa? Jawapannya tidak kerana Carl Pei telah menyatakan hasrat Nothing untuk menaikkan harga Ear (1) sejurus Ear (Stick) dilancarkan.

Spesifikasi Nothing Ear (Stick)

Nothing mengekalkan tema produk mereka dengan menjadikan Ear (Stick) separa lutsinar. Ia tampil dalam warna putih buat masa ini. Berkemungkinan, warna hitam akan diperkenal di kemudian hari, seperti yang ada di Ear (1) dan Ear (Phone).

Bekas penyimpan Ear (Stick) berbentuk seperti bekas lipstik, pastinya untuk menarik minat golongan feminin. Putiknya pula direka tanpa getah boleh tukar, konsep yang sama ada di Apple Airpods bukan Pro. Menurut Nothing, rekaan ergonomik Ear (Stick) menjadikannya selesa ditekap ke dalam lebih 100 jenis cuping telinga.

Kehebatan bunyi yang dihasilkan dipacu oleh pemandu khas dinamik 12.6mm. Untuk bercakap, ia ada teknologi Clear Voice untuk menapis bunyi angin dan gangguan lain, agar jelas didengar di sebelah yang lain.

Daya tahan bateri juga tinggi, sehingga 7 jam di putik sahaja dan sehingga 29 jam bersama bekas penyimpan. Bekas ini dicas melalui USB-C, tiada sokongan pengecas wayarles. Mengecas putik selama 10 minit pula boleh memberikan masa penggunaan sehingga 2 jam.

Nothing Ear (Stick) menyokong Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair, jadi mudah untuk disambung kepada telefon Android dan laptop Windows. Jika dipadankan dengan Nothing Phone (1), ia ada ciri tambahan termasuk lengah lebih rendah yang sesuai untuk permainan video.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Nothing Ear (Stick).

Bacaan Berkaitan

  • Nothing Ear (1): Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Nothing Ear (1) edisi hitam akan tiba di Malaysia bulan ini
  • Nothing Phone (1) berharga bermula RM2,399 dan dijual di kedai pakaian?!        
Tags: NothingNothing Ear Stick
Najib

Najib

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Nothing Ear (Stick) dilancar tanpa ANC dan akan dijual di Malaysia minggu ini

Nothing Ear (Stick) dilancar tanpa ANC dan akan dijual di Malaysia minggu ini

26 October 2022
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER