• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Cara simpan & susun semua tempat menarik yang ingin dikunjungi guna Google Maps

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:06 pm
  • 26/10/2022
  • Komen
TIPS: Cara simpan & susun semua tempat menarik yang ingin dikunjungi guna Google Maps
Share on FacebookShare on Twitter

Anda selalu guna Google Maps? Aplikasi ini sangat berguna, terutamanya untuk navigasi ke sesebuah lokasi dan cari laluan untuk elak kesesakan lalu lintas. Tapi anda tahu tak, aplikasi ini juga sangat membantu apabila anda ingin melancong tidak kira dalam atau luar negara! Melaluinya, anda boleh rancang dan simpan (save) semua lokasi yang ingin dikunjungi di bawah satu tempat. Jadi, senanglah anda lihat semula semua lokasi itu dan rancang perjalanan.

Contohnya, sebelum saya ke Hat Yai Thailand, saya simpan semua lokasi yang saya nak pergi di dalam satu senarai di Google Maps. Kemudian, apabila saya di sana, saya boleh tahu mana tempat paling dekat untuk saya kunjungi. Dengan cara ini juga, saya boleh pastikan saya tidak terlepas kunjungi semua tempat itu.



Cara buat senarai di Google Maps

Untuk cipta satu senarai khas di Google Maps dan simpan lokasi tertentu di dalamnya, berikut merupakan langkah yang perlu anda lakukan.

  1. Buka Google Maps
  2. Cari lokasi yang ingin anda simpan. Contohnya Khlong Hae Floating Market di Hat yai
  3. Tekan butang Save pada halaman tersebut
  4. Anda akan dibawa pada halaman Save to list. Tekan New List
  1. Kemudian tulis tajuk senarai itu dan penerangan mengenainya. Contoh nama senarai “Percutian Hat Yai“, manakala penerangan pula saya tulis, Tempat menarik mesti pergi!
  2. Anda juga boleh tetapkan sama ada senarai itu Private, Shared atau Public
  3. Tekan Create di bahagian atas kanan
  4. Selesai satu kumpulan untuk percutian ke Hat Yai

Sebaik sahaja anda buat satu senarai kumpulan baru, anda boleh simpan mana-mana lokasi lain ke dalam senarai itu. Caranya, cari lokasi, tekan save kemudian pilih nama senarai tadi. Akhir sekali klik Done.



Untuk semak semula semua lokasi itu, anda cuma perlu pergi ke tab Saved kemudian pilih tajuk senarai tadi pada bahagian Your List. Anda kemudian akan dipaparkan dengan peta. Semua lokasi yang anda simpan akan dipin warna biru dengan kotak putih di dalamnya. Anda juga boleh navigasi ke lokasi yang anda simpan dengan tekan pada butang Direction.

Boleh buat senarai makan viral juga

Secara keseluruhannya, Your Lists merupakan ciri untuk anda simpan senarai tempat dalam satu kumpulan khusus. Tidak semestinya untuk simpan lokasi percutian sahaja, anda juga boleh manfaatkan ciri ini untuk himpunkan lokasi yang anda suka, contohnya kedai makan kegemaran. Dengan gunakannya, anda tak perlu buang masa untuk taip dan cari lokasi tersebut sebab anda sudah pun simpannya di dalam peta.

[Sumber: 9TO5Google]

Tags: Googlegoogle maps
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: Cara simpan & susun semua tempat menarik yang ingin dikunjungi guna Google Maps

TIPS: Cara simpan & susun semua tempat menarik yang ingin dikunjungi guna Google Maps

26 October 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN