• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Pad X8, tablet lebih murah dan sokong 4G akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:33 am
  • 28/10/2022
  • Komen
Honor Pad X8, tablet lebih murah dan sokong 4G akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Honor telah melancarkan tablet pertama mereka di Malaysia, Honor Pad 8 pada bulan Ogos lepas. Ia adalah tablet dengan kuasa kelas pertengahan atasan dan berharga lebih RM1,000. Tidak lama lagi, satu lagi tablet Honor yang lebih mampu dimiliki akan dibawa ke Malaysia.

Tablet tersebut adalah Honor Pad X8. Ia telah dilancarkan di China dan dilihat masih belum ada di mana-mana pasaran lain. Mungkin Malaysia adalah lokasi pertama ia dilancarkan di luar China.



Prestasi Honor Pad X8 terletak di bawah Honor Pad 8 dan ia pastinya lebih murah juga. Untuk perbandingan, harganya di China adalah CNY 1,399 (~RM912). Boleh jadi, kita akan dapat melihat Honor Pad X8 dijual di sini di bawah RM1,000.

Spesifikasi Honor Pad X8

Dengan penggunaan cip Mediatek Helio G80, Honor Pad X8 boleh dikelaskan sebagai tablet kelas pertengahan permulaan. Ia akan datang bersama RAM 4GB dan storan dalaman 64GB, bersama slot kad mikroSD untuk tambahan storan. Tablet ini juga menyokong rangkaian mudah alih 4G LTE.



Paparan Honor Pad X8 adalah jenis LCD 10.1-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 60hz. Bingkai skrin ini sangat tebal, persis iPad lama dengan Touch ID. Kamera hadapan dengan sensor 2MP terletak di dalam bingkai di atas skrin. Kamera belakang pula 5MP.

Sistem bunyi stereo dihasilkan melalui dua speaker di kiri dan kanan. Tetapi tiada jek audio 3.5mm.

Bateri di dalam tablet ini agak kecil, hanya 5,100mAh walaupun badannya besar. Kuasa pengecas juga rendah, cuma 10W tetapi menggunakan port USB-C. Honor Pad X8 menjalankan sistem operasi Magic UI 6.1, berasakan Android 12.

Kita tunggu maklumat lanjut daripada Honor Malaysia, bilakah Honor Pad X8 akan dijual dan berapa pula harganya. Lagi menarik kalau ada promosi jualan awal.

Bacaan Berkaitan

  • Honor Pad 8, tablet besar, nipis dan ada 8 speaker dilancar di Malaysia
  • [REVIU] Honor Pad 8: Sangat besar dan terlalu banyak bunyi
  • Realme Pad tawar pilihan WiFi dan LTE dari serendah RM799
  • Realme Pad Mini: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: honorHonor Pad X8
Najib

Najib

POPULAR

Honor Pad X8, tablet lebih murah dan sokong 4G akan datang ke Malaysia

Honor Pad X8, tablet lebih murah dan sokong 4G akan datang ke Malaysia

28 October 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN