• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Meraque, syarikat tempatan ini hasilkan kit dron untuk anak-anak belajar kod atur cara

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:48 am
  • 28/10/2022
  • Komen
Meraque, syarikat tempatan ini hasilkan kit dron untuk anak-anak belajar kod atur cara
Share on FacebookShare on Twitter

Rentetan daripada meletupnya industri dron masa ini, sebuah syarikat daripada Malaysia telah memperkenalkan dron yang ditujukan kepada pembelajaran kanak-kanak. Syarikat yang bernama Meraque itu menawarkan Dron EduKit yang memerlukan anak-anak anda memasang, mengekod, dan menerbangkan dron sepantas 15 minit.

Bingkai dron Merque diperhatikan sebagai mengaplikasikan konsep bata Lego yang menunjukkan ia adalah modular dan buat anak-anak yang cukup kreatif, mereka boleh mengubah suai dron mengikut kesukaan. Sewaktu terbang, dron ini distabilkan oleh giroskop 6 paksi dan berikut adalah spesifikasi yang selebihnya:



  • Jarak kawalan: 100 meter
  • Tempoh terbang: 10 minit
  • Jenis motor: Motor berus 1020
  • Ukuran tapak: 148mm
  • Lain-lain: Kamera

Maklumat tentang saluran manakah boleh anda gunakan untuk belinya tidak pula dikongsikan. Kami telah menghantar pertanyaan itu kepada pihak Meraque dan akan mengemas kini artikel sekiranya ada.

Peluang paling cerah untuk dapatkannya mungkin melalui sesi Latihan yang dijalankan di Makerslab MRANTI Park Bukit Jalil ataupun EduCity di Iskandar, Johor.



Konsep dron Meraque ini mengingatkan saya pada DJI Tello yang sudahpun berada di dalam pasaran buat beberapa ketika. Dron ini juga adalah dron yang ditujukan untuk pembelajaran subjek pengaturcaraan. Tapi Meraque membawanya selangkah ke depan dengan membawakan elemen pembinaan ke dalamnya.

Kalau anda nak dapatkan DJI Tello, harganya masa ini adalah RM450.

Tags: dronmeraque
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Meraque, syarikat tempatan ini hasilkan kit dron untuk anak-anak belajar kod atur cara

Meraque, syarikat tempatan ini hasilkan kit dron untuk anak-anak belajar kod atur cara

28 October 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN