• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi meterai perjanjian 5G selama 10 tahun, masih belum tahu bila perkhidmatan 5G bermula

  • OLEH Najib
  • 3:49 pm
  • 31/10/2022
  • Komen
Digi meterai perjanjian 5G selama 10 tahun, masih belum tahu bila perkhidmatan 5G bermula
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga pengarah Digi.com Berhad hari ini mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia bahawa Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah menandatangani perjanjian akses 5G (AA) bersama Digital Nasional Berhad (DNB). Ini akan membolehkan Digi menyediakan perkhidmatan 5G menerusi DNB kepada pelanggannya.

Pengumuman ini dibuat 3 minggu selepas Digi menandatangani perjanjian pengambilalihan saham DNB sebanyak 12.5%. DNB merupakan penyedia rangkaian 5G tunggal di Malaysia dan bertanggungjawab membangun dan menguruskan perkhidmatan 5G.



Dalam kenyataan tersebut, Digi menyatakan mereka telah bersetuju dengan terma Tawaran Akses Rujukan (Reference Access Offer, RAO) yang telah diumumkan DNB pada 31 Mac lepas tetapi dengan sedikit pindaan. Terma yang dipinda ini akan diumumkan selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama lagi.

Dalam perjanjian ini, Digi telah mengesahkan bahawa mereka akan melanggan rangkaian borong 5G DNB selama 10 tahun dan menawarkan perkhidmatan runcit berkaitan 5G kepada pengguna. Digi juga bakal membangunkan penyelesaian 5G inovatif dan perkhidmatan tambah nilai dalam syarikat serta bersama rakan niaga untuk memenuhi keperluan pengguna di masa depan.



Pelan Pascabayar Digi

Bagaimanapun, Digi belum menyatakan tarikh ia akan mula menyediakan perkhidmatan 5G kepada pengguna. Tidak juga disebut pelan prabayar dan pascabayar yang mana layak menggunakan rangkaian 5G ini.

Berbeza dengan pengumuman 5G yang lain hari ini. Telekom Malaysia (TM) telah mula memberikan perkhidmatan 5G kepada pengguna Unifi Mobile hari ini. Pengguna Celcom terpilih pula akan mula mendapat 5G pada 1 November, manakala U Mobile mengumumkan akan memberi akses 5G kepada pengguna mulai 3 November 2022. Manakala Maxis masih belum membuat sebarang pengumuman.

Bacaan Berkaitan

  • Unifi kini tawarkan 5G, ini pilihan untuk anda pertimbangkan
  • U Mobile 5G sedia diguna mulai November untuk pelan prabayar dan pascabayar terpilih
  • Celcom aktifkan 5G untuk pelanggan 9 pelan ini bermula 1 November 2022
  • Ini senarai telefon terbaik yang sokong 5G Malaysia, daripada paling murah hinggalah paling mahal
Tags: 5gdigiDNB
Najib

Najib

POPULAR

Digi meterai perjanjian 5G selama 10 tahun, masih belum tahu bila perkhidmatan 5G bermula

Digi meterai perjanjian 5G selama 10 tahun, masih belum tahu bila perkhidmatan 5G bermula

31 October 2022
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN