• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kes COVID-19 meningkat, orang ramai disyorkan untuk pakai pelitup muka

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:14 pm
  • 31/10/2022
  • Komen
Kes COVID-19 meningkat, orang ramai disyorkan untuk pakai pelitup muka
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan April lepas, Kementerian Kesihatan (KKM) telah umumkan banyak kelonggaran SOP COVID-19 kepada orang ramai, ia termasuklah pemakaian pelitup muka yang tidak lagi diwajibkan ketika diluar bangunan. Kemudian pada awal September pula, KKM umumkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan tidak lagi diwajibkan dan atas pilihan masing-masing. Perkara ini tentunya menggembirakan orang ramai, lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menjalani kehidupan seperti sebelum kedatangan COVID-19.

Namun kini nampaknya penggunaan pelitup muka diperlukan kembali. Melalui satu sidang media hari, Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata bahawa penggunaan pelitup muka kini sangat disyorkan walaupun ia kekal secara pilihan. Hal ini berikutan berlakunya gelombang kecil jangkitan COVID-19, selepas peningkatan jumlah kes.



Menteri Kesihatan, @Khairykj berkata, negara berdepan gelombang kecil namun tidak diketahui keseriusan COVID-19 pada masa akan datang.#AWANInews pic.twitter.com/BPCdOyNoa3

— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) October 31, 2022

Menurutnya, antara 23 dan 29 Oktober, kes jangkitan baharu meningkat ke 16,917 kes berbanding minggu sebelumnya 14,250 kes. Bilangan pesakit di hospital juga meningkat sebanyak 14%, bagi setiap 100,000 orang.

Peningkatan kes bukan sahaja dapat dilihat di Malaysia malah di Singapura juga. Kementerian di sana tidak menolak untuk kembali kuat kuasakan semula sekatan COVID-19 dan mereka juga mungkin akan laksanakan kembali pemakaian pelitup muka.



Bagi memastikan anda tidak dijangkiti COVID-19 dan mendapat kesan yang serius, pastikan anda sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga jarak dengan orang lain, lebih-lebih lagi ketika mengunjungi pusat mengundi untuk PRU15 yang akan datang.

[Sumber: MalayMail]

Tags: COVID-19pelitup muka
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kes COVID-19 meningkat, orang ramai disyorkan untuk pakai pelitup muka

Kes COVID-19 meningkat, orang ramai disyorkan untuk pakai pelitup muka

31 October 2022
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN