• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor lancar tablet lebih murah dan laptop 16 inci baru

  • OLEH Najib
  • 2:10 pm
  • 03/11/2022
  • Komen
Honor lancar tablet lebih murah dan laptop 16 inci baru
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan dua produk baru mereka untuk pasaran tempatan. Pertama adalah laptop Honor MagicBook X16 dengan skrin seluas 16-inci dan kedua adalah tablet mampu milik, Honor Pad X8. Tablet pertama Honor Pad 8, baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada Ogos lepas.

Harga dan tarikh jualan

Kedua-dua produk ini akan mula dijual di Malaysia pada tarikh berbeza. Honor Pad X8 akan tersedia lebih awal, pada 11 November 2022 hari yang sama untuk jualan 11.11. Manakala laptop Honor MagicBook X16 terdapat mulai 18 November 2022.



Harga rasmi jualan kedua-duanya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Honor Pad X8 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM899
  • Honor MagicBook X16 (Core i5-1235U, RAM 8GB, SSD 512GB) – RM3,499

Pembeli terawal untuk produk baru ini akan turut menerima hadiah percuma iaitu:



  • Honor Pad X8 – PERCUMA sarung lipat
  • Honor MagicBook X16 – PERCUMA beg galas, tetikus wayarles dan pra-pasang Office Home & Student 21

Spesifikasi Honor Pad X8

Tablet kedua ini dikuasakan cip Mediatek Helio G80, RAM 4GB dan storan 64GB. Ia menerima kad mikroSD untuk storan tambahan, serta menyokong rangkaian mudah alih 4G LTE melalui sim nano.

Skrinnya LCD 10.1-inci HD Penuh dengan bingkai tebal. Kamera hadapan 2MP terletak di atas skrin manakala kamera belakang 5MP.

Baterinya agak kecil, 5,100mAh dan kuasa pengecas hanya 10W, melalui port USB-C. Speaker ada dua, menyokong bunyi stereo tetapi tiada jek audio 3.5mm. Sistem operasi yang digunakan adalah Magic UI 6.1, berasakan Android 12.

Spesifikasi Honor MagicBook X16

Laptop ini menyertai gelombang skrin 16-inci tahun ini, menampilkan skrin 16-inci HD Penuh dan kecerahan setinggi 300 nits. Ia dikuasakan cip Intel Core generasi ke-12 dengan 10-teras serta GPU Intel Iris Xe. Datang lengkap dengan storan SSD 512GB, pengguna boleh menambah lagi storan di slot kedua.

Badan yang besar, memberikan ruang lebih untuk memuat kekunci nombor di samping papan kekunci bersaiz penuh dan berlampu. Ia juga ada pengimbas capjari, ditanam ke dalam butang kuasa di sudut atas papan kekunci.

Bateri yang besar dimuatkan ke dalam laptop ini, dengan kapasiti 60Wh. Dikatakan boleh memberi tenaga untuk menonton video sehingga 12 jam. Ia menyokong pengecasan USB-C 65W dan kepala pengecas 65W diberikan bersama.

Sambungan berwayar agak mencukupi pada MagicBook X16 dengan satu port USB-C yang turut digunakan untuk mengecas, dua port USB-A, port HDMI dan jek audio 3.5mm.

Bacaan Berkaitan

  • Honor Pad 8, tablet besar, nipis dan ada 8 speaker dilancar di Malaysia
  • [REVIU] Honor Pad 8: Sangat besar dan terlalu banyak bunyi
  • Honor Pad X8, tablet lebih murah dan sokong 4G akan datang ke Malaysia
Tags: honorHonor MagicBook X16Honor Pad X8
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor lancar tablet lebih murah dan laptop 16 inci baru

Honor lancar tablet lebih murah dan laptop 16 inci baru

3 November 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER