• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nak guna 5G di prabayar Celcom Xpax ada caj tambahan

  • OLEH Najib
  • 12:40 pm
  • 03/11/2022
  • Komen
Nak guna 5G di prabayar Celcom Xpax ada caj tambahan
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom telah menyediakan akses ke rangkaian 5G kepada pelanggan prabayar dan pascabayar mereka, mulai 1 November 2022. Dalam kenyataan mereka, pengguna dapat meikmati akses 5G percuma sehingga 31 Disember 2022. Tetapi jika anda pengguna prabayar Xpax, anda perlu bersedia untuk membayar yuran akses 5G.

Dua pelan prabayar Xpax yang sedia menggunakan 5G adalah Xpax Prepaid 35 (30GB Kelajuan Tinggi) dan Prepaid 45 (40GB Kelajuan Tinggi). Menurut ruangan soalan lazim (FAQ) di sini, akan ada yuran perkhidmatan 5G bulanan sebanyak RM10 yang akan ditolak daripada kredit pengguna. Bagaimanapun, ia dikecualikan sehingga 31 Disember 2022. Jika bernasib baik, Celcom akan memanjangkan lagi masa pengecualian ini selepas tarikhnya tamat.



Menambah derita ini adalah, pengguna tidak boleh membatalkan fungsi perkhidmatan 5G apabila pelan tersebut telah dilanggan. Tetapi pelan tersebut akan tamat secara sendiri apabila habis tempohnya. Ini masih tidak menjelaskan, adakah pengguna yang melanggan pelan Mix & Match kelak, boleh memilih untuk melanggan perkhidmatan 5G atau tidak.

Seperkara lagi, walaupun tempoh percuma akses 5G ini diberikan sehingga 31 Disember 2022, ia masih tertakluk kepada kuota data pengguna. Celcom hanya memberi akses 5G percuma, bukannya data 5G percuma tanpa had seperti apa yang Yes 5G lakukan.



Dari penemuan kami, Celcom tidak mengenakan caj data jika menggunakan aplikasi ujian data seperti Speedtest, tetapi penggunaan lain seperti menstrim video atau memuat turun lagu, akan memakan kuota walaupun bersambung ke rangkaian 5G. Dengan kelajuan 5G yang mencecah 1,000Mbps, tidak mustahil kuota data pengguna juga semakin cepat.

Apakah Celcom akan mengenakan yuran akses 5G ini kepada pelan pascabayar juga? Kita tunggu dan lihat, menjelang akhir tahun 2022 nanti.

Bacaan Berkaitan

  • Celcom aktifkan 5G untuk pelanggan 9 pelan ini bermula 1 November 2022
  • AMARAN: Celcom 5G tiada data tanpa had, tidak seperti Yes 5G
  • Pelan Xpax Mix & Match banyak boleh diubahsuai seperti Yoodo
Tags: celcomprabayarxpax
Najib

Najib

POPULAR

Nak guna 5G di prabayar Celcom Xpax ada caj tambahan

Nak guna 5G di prabayar Celcom Xpax ada caj tambahan

3 November 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN