• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Lupa kata laluan WiFi? Ini cara mudah dapatkannya di Mac dan Windows

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:46 pm
  • 23/11/2022
  • Komen
TIPS: Lupa kata laluan WiFi? Ini cara mudah dapatkannya di Mac dan Windows
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti ada dalam kalangan anda terlupa kata laluan Wi-Fi yang telah ia disambungkan pada peranti. Lebih-lebih lagi apabila Wi-Fi itu kegunaan di pejabat dan kata laluannya rumit.

Namun, pernah tak anda lalui situasi seperti, ada kakitangan baru masuk pejabat dan dia minta kata laluan Wi-Fi pejabat pada anda? Jika ia diperlukan segera dan anda tak ingat, tentulah akan timbul rasa panik. Sebenarnya anda boleh dapatkan kata laluan Wi-Fi dengan mudah menerusi laptop Mac atau Windows. Cuma, anda perlu pastikan peranti anda pernah disambungkan pada Wi-Fi itu. Berikut merupakan cara yang boleh dilakukan:



Cara cari kata laluan Wi-Fi dalam MacOS

Setiap kata laluan yang anda guna dan simpan pada Mac akan berada di Keychain Access. Ia merupakan sistem pengurusan kata laluan untuk MacOS, termasuklah kata laluan rangkaian Wi-Fi. Untuk dapatkan kata laluan Wi-Fi di Mac, ini ialah caranya:

  1. Buka aplikasi Keychain Access
  2. Pada bahagian System Keychains di bar sebelah kiri, klik System
  3. Kemudian, klik Passwords pada bahagian atas
  4. Cari rangkaian Wi-Fi yang anda ingin tahu kata laluannya, kemudian klik dua kali
  1. Satu kotak mengenai rangkaian Wi-Fi itu akan timbul, tekan pilihan bawah sekali iaitu Show password
  2. Masukkan nama dan kata laluan Mac anda untuk aksesnya
  3. Akhir sekali, kata laluan akan dipaparkan

Cara cari kata laluan Wi-Fi dalam Windows

Untuk cari kata laluan rangkaian Wi-Fi yang sedang anda gunakan pada Windows, ini adalah caranya:



  1. Tekan butang Start 
  2. Pergi ke Control Panel, pilih Network and Internet, seterusnya untuk Windows 11 pilih Network and Sharing Center 
  3. Atau, pilih Status kemudian pilih Network and Sharing Center untuk Windows 10
  4. Di sebelah Connections, klik nama rangkaian Wi-Fi anda yang diserlahkan dengan warna biru
  5. Halaman Wi-Fi Status page akan dibuka, klik Wireless Properties
  6. Pada tab Security, klik pada kotak tandai Show characters untuk paparkan kata laluan rangkaian Wi-Fi anda di atasnya

Kaedah di atas hanya membenarkan anda lihat kata laluan rangkaian Wi-Fi yang sedang anda sambungkan. Untuk cari kata laluan semua rangkaian Wi-Fi yang pernah anda sambungkan pada komputer Windows, anda boleh gunakan Windows Terminal. Ini merupakan caranya:

  1. Klik kanan pada ikon Windows dalam taskbar pada desktop
  2. Klik Windows Terminal (Admin) / Windows PowerShell (Admin)
  3. Taip, netsh wlan show profile dan tekan Enter pada papan kekunci untuk lihat setiap Wi-Fi yang pernah anda sambungkan
  4. Setelah anda jumpa Wi-Fi yang anda mahukan kata laluannya, taip netsh wlan show profile “nama Wi-Fi” key=clear (contohnya, netsh wlan show profile “Netgear667” key=clear)
  5. Tekan Enter
  6. Tetapan untuk ketersambungan, keselamatan dan kos akan dipaparkan
  7. Kata laluan Wi-Fi yang anda mahukan boleh dilihat pada bahagian Security settings, sebelah Key Content

Sebelum ini, saya pernah kongsikan cara paling senang untuk cari dan kongsi password WiFi dari iPhone dengan iOS 16. Maka, jika anda rasa cara menggunakan laptop adalah rumit, bolehlah anda gunakan cara ringkas di iPhone untuk ketahui kata laluan.

[Sumber: Cnet]

Tags: macwifiwindows
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
TIPS: Lupa kata laluan WiFi? Ini cara mudah dapatkannya di Mac dan Windows

TIPS: Lupa kata laluan WiFi? Ini cara mudah dapatkannya di Mac dan Windows

23 November 2022
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER