• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Prabayar baru U Mobile ada 5G tanpa had untuk 2 hari sahaja seminggu

  • OLEH Najib
  • 11:23 am
  • 24/11/2022
  • Komen
Prabayar baru U Mobile ada 5G tanpa had untuk 2 hari sahaja seminggu
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan kemasukan telco utama di Malaysia menyertai rangkaian 5G DNB, semakin banyak tawaran baru berkaitan 5G diperkenal. Ini termasuk U Mobile, yang baru-baru ini melancarkan dua pelan prabayar baru tanpa had yang sedia berhubung ke 5G, dengan kelajuan tanpa sekatan untuk 2 hari seminggu.

Kalau kelajuan disekat pada hari biasa, apa guna ada 5G?



Laman web U Mobile menunjukkan dua pelan prabayar baru tanpa had U Mobile adalah Prepaid U35 dan Prepaid U40. Kedua-dua pelan ini sama dan serupa dalam semua aspek, kecuali pada kuota hotspot dan harga. Prepaid U35 hanya ada 3GB kuota hotspot dan berkadar RM35 sebulan, manakala U40 diberikan kuota hotspot tanpa had dan berharga RM40.

Persamaannya pula adalah pelan ini ada internet tanpa had kuota, dengan kelajuan disekat ke 6Mbps. Panggilan juga tanpa had ke talian tempatan.



FUP 100GB termasuk 5G

Tetapi ada lagi terma dan syarat yang perlu dihalusi untuk pelan ini. Dalam soalan lazim (FAQ), U Mobile mengenakan Polisi Penggunaan Saksama (FUP) untuk pelan U35 dan U40 sebanyak 100GB sebulan. Jika penggunaan mencecah 100GB, kelajuan akan disekat lebih perlahan ke 512Kbps.

Selain itu, kuota hotspot U40 yang dikatakan tanpa had, juga ada FUP tersendiri iaitu 3GB tanpa sekatan kelajuan dan selepas itu disekat ke 6Mbps. Apabila penggunaan mencecah 100GB termasuk bukan hotspot, maka kelajuan disekat ke 512kbps.

Aktifkan 5G tanpa had hujung minggu

Pelanggan pelan prabayar U35 dan U40 boleh menikmati kelajuan tanpa sekatan pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Dengan ini, kelajuan sebenar 5G boleh dinikmati sepenuhnya. Bagaimanapun, pengguna perlu menebus tawaran 5G ini di dalam aplikasi MyUMobile untuk menggunakannya.

Untuk pelan prabayar U25, sebenarnya mereka juga boleh menikmati kelajuan 5G tanpa sekatan. Tetapi dengan mengaktifkan Booster percuma yang diberikan untuk kegunaan 1 jam setiap hari. Booster ini juga perlu ditebus di dalam aplikasi MyUMobile.

Bagaimanapun, pengguna harus sentiasa beringat kerana penggunaan 5G tanpa sekatan kelajuan boleh mengakibatkan kuota habis lebih cepat mencapai 100GB. Jika dah sampai FUP 100GB ni, kelajuan akan disekat 512kbps dan tak guna lagi 5G di hujung minggu.

Kalau masih mahu menggunakan kelajuan tanpa sekatan bila-bila masa, U Mobile ada menyediakan Booster pada harga RM12 dengan 10GB untuk 7 hari, RM6 dengan 5GB sehari serta RM3 untuk 1GB sehari.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Prabayar U Mobile 5G.

Bacaan Berkaitan

  • U Mobile 5G sedia diguna mulai November untuk pelan prabayar dan pascabayar terpilih
  • Anda pengguna U Mobile GX38? Harga langganan anda telah dinaikkan, baca untuk maklumat lanjut
  • Maxis dan U Mobile tidak berminat dengan saham DNB, mahu jadi pengguna 5G sahaja
Tags: 5gPrepaid U35Prepaid U40u mobile
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Prabayar baru U Mobile ada 5G tanpa had untuk 2 hari sahaja seminggu

Prabayar baru U Mobile ada 5G tanpa had untuk 2 hari sahaja seminggu

24 November 2022
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN