• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Robot ini lagak pemain golf pro dengan bantuan Microsoft Kinect 3D

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:57 am
  • 25/11/2022
  • Komen
Robot ini lagak pemain golf pro dengan bantuan Microsoft Kinect 3D
Share on FacebookShare on Twitter

Industri kecerdasan buatan kini bertumbuh pesat dan merupakan solusi masa depan yang bakal membantu kita dalam banyak perkara. Contoh eksperimen yang sedang dijalankan sekumpulan penelidik daripada Jerman ini adalah pemain golf robot menggunakan kecerdasan buatan untuk memasukkan bola golf ke dalam lubang secara sendiri.

Di dalam lapangan ujian, mereka membina ruang permainan golf mini dan satu robot yang dilengkapi satu putter. Robot ini cukup bijak untuk mengawal sudut pukulan dan kekuatan pukulan berdasarkan tempat permukaan bola itu berada.



Seperti yang anda sedia maklum, permukaan pada golf tidaklah rata dan daya yang diperlukan untuk sampai ke lubang tentu sekal berbeza lokasi demi lokasi. Jadi, penyelidik menggunakan kamera Microsoft Kinect 3D bagi membolehkan robot melihat permukaan padang secara 3D.

Contoh kamera Microsoft Kinect 3D

Maklumat permukaan padang cumalah salah satu daripada pelbagai pemboleh ubah yang ditimbang tara oleh robot sebelum membuat pukulan. Penyelidik juga memasukkan data daya rintangan permukaan rumput, berat bola, dan kelajuan.



Berbekalkan data-data ini, robot boleh mensimulasikan pukulan yang paling optimum untuk masukkan bola. Namun, itu barulah separuh daripada cabarannya.

Cabaran seterusnya adalah untuk memposisikan badan robot di belakang bola untuk merealisasikan pukulan yang telah dikira tadi. Sisten rangkaian neural digunakan untuk robot mengenal pasti bola dan penanda lubang bola baginya menjajarkan badan robot.

Semua ini berlaku secara automatik tanpa sebarang bantuan daripada manusia, sekurang-kurangnya sewaktu sistem berjalan.

Sumber: IEEE Spectrum

Tags: aikecerdasan buatanrangkaian neuralrobot
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Robot ini lagak pemain golf pro dengan bantuan Microsoft Kinect 3D

Robot ini lagak pemain golf pro dengan bantuan Microsoft Kinect 3D

25 November 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN