Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini telah mengeluarkan kenyataan tentang isu video tular bertemakan Peristiwa 13 Mei 1969 di salah sebuah platform media sosial. Menurut pihak SKMM, mereka telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memanggil wakil pengurusan TikTok bagi mendapatkan penjelasan dengan kadar yang segera.
Kenyataan Media
— MCMC (@MCMC_RASMI) November 30, 2022
TIGA (3) KLIP VIDEO AMARAN RUSUHAN 13 MEI BERBAYAR: MCMC DAN PDRM TELAH PANGGIL TIKTOK BERI PENJELASAN. pic.twitter.com/t5KmBaMi7Z
Buat anda yang terlepas berita, beberapa hari selepas Pilihanraya Umum ke-15 (PRU), didapati yang kandungan berbaur hasutan telah tersebar luas di platform TikTok menurut salah seorang pengguna TikTok. Berdasarkan pendedahan pengguna tersebut, banyak kandungan berkisar rusuhan kaum dasyat pada 13 Mei 1969 dimuat naik mungkin dengan niat untuk mengapi-apikan sesetengah kaum.
Selepas PRU15, medan TikTok kini kebanjiran kandungan benci kaum. Adakah moderatornya tidur?
Yang lebih parah, ada kandungan video tersebut berada dalam kategori berbayar iaitu si pemuat naik membayar TikTok untuk sebarkannya kepada lebih ramai pengguna lain. Apa yang dipersoalkan adalah bagaimana kandungan ini boleh dibenarkan di dalam TikTok dan lebih memelikkan, bagaimana iklan sebegini boleh diluluskan?
TikTok tiada masalah dengan kebanyakan kandungan 13 Mei
Memang benar sekiranya kita menelusuri dokumen garis panduan TikTok, ada peruntukkan tentang tidak membenarkan kandungan “Ekstrimisme Keganasan”.
Ini maklumbalas TikTok tentang kandungan hasutan kaum
Disebabkan kandungan “13 Mei” tadi kekal berada di TikTok, menurut maklumat yang rapat dengan platform itu adalah ia tidak melanggar garis panduan tersebut. Hal ini kerana, kelakuan yang dipamerkan di dalam video tersebut samar-samar dan tidak menerangkan kelakuan dengan jelas. Seperti menunjukkan peralatan dan berkata tentang Bangsa Melayu. Tiada ancaman yang jelas atau apa yang ingin dilakukan.
TikkTok sebenarnya agak ketat dalam menghalang video yang dilihat melanggar peraturan mereka. Selain menggunakan kecerdasan pintar (AI) untuk mengesan video tersebut, TikTok juga menggunakan khidmat manusia untuk menyemak secara manual dan menandakan ia berbahaya. Agak hairan apabila TikTok lambat bertindak dalam video palsu berkaitan 13 Mei ini.